Berita Harian

Ainul Azhar Ahli Lembaga PETRONAS

-

PETRONAS mengumumka­n pelantikan Ainul Azhar Ainul Jamal sebagai Ahli Lembaga Pengarah berkuat kuasa 15 Mei 2018.

Ainul Azhar sebelum ini adalah Pengerusi dan Pengarah Schlumberg­er Malaysia, demikian menurut PETRONAS dalam satu kenyataan semalam.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Elektrik daripada University of Sussex, United Kingdom. Sebaik menamatkan pengajian pada 1983, beliau kembali ke Malaysia dan bekerja dengan Jabatan Kerja Raya sebagai jurutera bertanggun­gjawab memasang radar di kem tentera Angkatan Tentera Malaysia.

Ainul Azhar memulakan kerjayanya di Schlumberg­er pada 1984 sebagai jurutera lapangan. Dalam tempoh 32 tahun bersama syarikat itu, beliau berkhidmat di pelbagai jawatan teknikal dan pengurusan di Indonesia, Perancis serta Kanada.

Pengalaman di Schlumberg­er

Beliau turut memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan di Schlumberg­er, termasuk Pengarah Komunikasi Korporat Schlumberg­er Ltd di London, selain mengetuai Sumber Manusia Kumpulan bagi Schlumberg­er Westerngec­o serta Reservoir Management Group.

Selain itu, beliau adalah Pengerusi Schlumberg­er Asia Pacific dari 2010 hingga Jun 2013 dan kemudian memegang jawatan terakhir sebagai Pengerusi dan Pengarah Schlumberg­er Malaysia.

Lembaga Pengarah PETRONAS dalam kenyataann­ya menzahirka­n keyakinan bahawa pengetahua­n dan kepakarann­ya adalah penambahan yang bernilai kepada organisasi.

 ??  ?? Ainul Azhar Ainul Jamal
Ainul Azhar Ainul Jamal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia