Berita Harian

MISC dapat kontrak sewa Hess RM1.78 bilion

-

MISC Bhd memperoleh kontrak sewa jangka panjang bernilai AS$441 juta (RM1.78 bilion) daripada Hess Exploratio­n and Production Malaysia B.V. untuk pajakan kemudahan penyimpana­n dan pemindahan terapung (FSO) dikenali sebagai FSO Mekar Bergading, secara kapal kosong.

Kontrak itu berdasarka­n perjanjian jual dan sewa berhubung FSO antara Hess dan MISC, yang membawa kepada MISC mendapat pemilikan FSO daripada Hess.

“FSO akan dipajak oleh Hess untuk tempoh 16 tahun. Sewa akan bermula pada 1 September 2018,” kata syarikat logistik maritim itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Hess, sebuah syarikat yang diperbadan­kan di Belanda, merupakan syarikat tenaga bebas global yang terlibat dalam eksplorasi dan pengeluara­n minyak mentah dan gas asli.

Tiada impak ketara

MISC berkata, kontrak itu tidak akan memberi kesan kepada modal saham terbitan dan berbayar serta pegangan saham yang besar.

Kontrak itu juga tidak akan memberi impak yang ketara kepada pendapatan sesaham, tahap kadar hutang dan aset bersih sesaham MISC bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Antara faktor risiko yang boleh menjejaska­n kontrak termasuk perubahan dalam ekonomi, politik dan persekitar­an kawal selia yang akan diambil langkah sewajarnya oleh MISC.

Tiada mana-mana pengarah atau pemegang saham utama MISC atau individu berkaitan mereka mempunyai sebarang kepentinga­n, sama ada langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan. BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia