Berita Harian

IJM Land lancar fasa 11 Bandar Rimbayu suku keempat

Swans lengkap dengan infrastruk­tur IOT dengan harga permulaan RM850,000 seunit

- Oleh Nabil Basaruddin

IJM Land Bhd (IJM Land) akan melancarka­n fasa ke-11 bagi perbandara­n Bandar Rimbayu yang terletak di Kota Kemuning, Shah Alam, iaitu projek hartanah serba mewah, Swans yang lengkap dengan infrastruk­tur Internet Kebendaan (IOT).

Pengarah Urusannya, Edward Chong, berkata projek rumah dua tingkat dengan harga permulaan RM850,000 dirancang dilancarka­n pada suku keempat tahun ini.

Beliau berkata, bagi projek untuk fasa terbabit, hanya 195 unit ditawarkan yang mana setiap unit rumah mempunyai empat bilik tidur dan bilik air, sekali gus menawarkan pengalaman kediaman yang luas dan selesa.

“Kami masih yakin ada permintaan yang tinggi bagi hartanah kediaman bertanah di lokasi strategik yang berupaya meningkatk­an kadar pengambila­n bagi projek ini.

“Apa yang menjadi kelebihan bagi projek perbandara­n ini ialah ia mempunyai akses kepada lima lebuh raya utama yang akan memberi kemudahan kepada pendudukny­a,” katanya di Kuala Lumpur, barubaru ini.

Mengenai pembanguna­n Bandar Rimbayu itu, Chong berkata, kadar pembelian masih kukuh meman dangkan hartanah berkenaan terletak di lokasi strategik serta dijual pada harga yang tepat dan mampu menarik respon positif meskipun pasaran hartanah masih tidak menentu dan berhatihat­i.

Nilai pembanguna­n kasar RM15 bilion

Menurutnya, Bandar Rimbayu adalah perbandara­n bersepadu di kawasan seluas 760 hektar mengandung­i komponen kediaman, komersial dan rekreasi.

“Projek Bandar Rimbayu boleh bertahan selama 12 tahun lagi, dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) hampir RM15 bilion dan kami dijangka melancarka­n projek baharu dengan GDV RM1.5 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2019.

“Kebanyakan pelancaran baharu itu membabitka­n hartanah kediaman dalam negara dan sehingga kini, kami memiliki hartanah kediaman yang belum dijual bernilai RM1 bilion,” katanya.

Tanah belum dibangunka­n

Katanya, dari segi bank tanah, IJM Land memiliki kirakira 1,618 hektar dengan GDV dalam anggaran yang berjumlah kirakira RM30 bilion yang belum dibangunka­n.

Beliau berkata selepas pilihan raya, sentimen dalam pasaran hartanah bertambah baik walaupun permintaan tidak dijangka menyaksika­n kenaikan mendadak.

Bagaimanap­un, beliau berkata, Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) berkadar sifar tidak memberikan kesan besar ke atas pasaran hartanah, dan pada masa hadapan, pemain industri kini menunggu pengumuman mengenai kadar percukaian baharu yang akan dikuatkuas­akan pada 1 September depan.

Apa yang menjadi kelebihan bagi projek perbandara­n ini ialah ia mempunyai akses kepada lima lebuh rayautamay­angakan memberi kemudahan kepada pendudukny­a” Edward Chong,

Pengarah Urusan IJM Land

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia