Berita Harian

Tidak lagi mengharap kasih

-

buat waktu ini, pintu hatinya belum terbuka menerima cinta lelaki lain. Ia bukannya bererti dirinya serik atau masih mengharapk­an kasih Kamal, tetapi biarlah takdir menentukan segalagala­nya.

“Orang luar mungkin fikir saya masih mengharapk­an Kamal, tetapi hakikatnya tidak. Seperti yang dikatakan, saya masih berbaik dengan Kamal sebagai rakan baik.

“Seperti Kamal yang melakukan kejutan pada hari jadi saya, begitu juga saya membuat kejutan pada hari jadinya. Bukan sajakamal,tetapisaya juga meraikan hari jadi temanrapat­yanglain.

“Saya akan balas setiap apa yang dilakukan, tetapi selalunya Kamal tidak akan tunjuk. Saya pula jenis akan memuat naik gambar apabila menerima hadiah, bukan saja daripada Kamal, tetapi pemberian teman lain juga.

“Kamal jenis yang suka privasi, saya pula berbeza. Jadilah, kelihatan seperti Kamal sangat romantis apabila setiap pemberiann­ya dikongsi dalam laman sosial. Itulah cara saya menghargai insan yang hadir dalam hidup saya,” katanya yang sibuk mengusahak­an perniagaan tudung, kosmetik, ubat langsing, alat solek dan sabun kulit secara talian.

Baik dengan ibu Kamal

Pelakon filem Werewolf Dari Bangladesh, Kimchi Untuk Awak dan Hantu Rumah Sakit Jiwa itu berkata, dia juga masih menjalinka­n hubungan baik dengan ibu Kamal.

“Saya anggap ibu Kamalseper­tiibusaya sendiri. Kami selalu bertukar-tukar mesej dan berhubung untuk bertanya khabar. Biarpun ibu Kamal tahu situasi hubungan saya dengan anaknya, tetapi dia tetap melayan saya dengan baik.

“Ada masa dia menghantar mesej rindu mahu berjumpa saya. Keluarga Kamal sangat baik,” katanya.

Pilih teman hidup

Kata Emma, dia tidak berani mengatakan dirinya akan menerima lelaki yang datang meminang. Sebelum ini, kenyataann­ya disalah erti apabila laman sosialnya dipenuhi dengan mesej peribadi yang mahu melamarnya.

“Saya terkejut apabila ramailelak­iyangmelam­ar saya dalam laman sosial apabila saya membuat kenyataan akan menerima pinangan sesiapa saja. Sebenarnya, saya hanya berseloroh.

“Tentunya, saya akan pilih lelaki yang bakal sehidup semati dengan saya, bukannya jejaki yang tidak dikenali. Sekurang-kurangnya, saya mahukan lelaki yang berani bertemu dengan ‘Ayoh’ saya. Dia adalah insan nombor satu dalam hidup saya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia