Berita Harian

‘Bukan begini nilai hati’

Alvin Chong terkilan ‘label’ negatif dilontar segelintir peminat

- Oleh Feride Hikmet Atak

Nferide.hikmet@bh.com.my ama pemuda ini mula dikenali di kalangan peminat Melayu apabila menjayakan drama bersiri, Suri Hati Mr Pilot, kira-kira dua tahun lalu. Sebelum itu, Alvin Chong juga membuat kemunculan menerusi drama yang mempopular­kan pasangan Alif Satar dan Siti Nordiana, Dia Semanis Honey.

Ketika dirinya semakin diterima ramai, anak muda berusia 27 tahun ini disambar pula untuk menjadi tonggak utama drama rantaian Awak Suka Saya Tak, pada September tahun lalu.

Menjayakan watak Hilman Yong Abdullah, Alvin atau nama penuhnya Alvin Chean Wah Chong dilihat semakin mengukuhka­n kedudukann­ya dalam industri seni, terutama bagi pasaran Melayu. Apatah lagi dalam drama arahan

Raja Ahmad Alauddin itu, dia digandingk­an dengan pelakon jelita, Emma Maembong.

Dek gandingan serasi mereka juga, maka tidak kurang yang mahu dirinya benar-benar bercinta dengan aktres berdarah kacukan itu.

Ungkit soal agama

Sudah biasa dengan usikan sebegitu, Alvin bagaimanap­un tentu saja berdepan cabarannya sendiri dalam mencipta nama di arena seni. Antara paling ketara adalah apabila tidak kurang kalangan peminat yang mengungkit soal agama.

Bukannya mereka tidak mahu dirinya berlakon kerana beragama Kristian, tetapi menurut bakat dari George Town, Pulau Pinang ini, kebanyakan netizen mahu dirinya menukar agama kerana sering menjayakan watak lelaki muslim.

“Selain cabaran pertuturan bahasa Melayu, isu yang selalu dibangkitk­an oleh peminat atau netizen adalah soal agama.

“Ramai yang bertanya, apakah saya tidak terbuka hati untuk memeluk Islam? Malah ada yang berkata, apabila sudah berlakon dengan Emma, kenalah berkhatan.

“Bagi saya, perkara ini semua berkaitan dengan hati. Situasi yang saya lalui ini sama seperti individu Islam yang berada di luar negara. Mereka pasti berdepan dengan gesaan sesetengah pihak supaya menganuti agama lain,” katanya kepada B*POP.

Ramai rakan Melayu

Menurut Alvin, jika pihak berkenaan mahu melihat hatinya terbuka untuk memeluk Islam, ia bukanlah dengan cara sebegitu.

“Saya dilabel oleh segelintir individu yang menganggap diri mereka suci dengan perkataan yang tidak sepatutnya.

“Saya mempunyai ramai rakan yang beragama Islam, tetapi mereka tidak pun bersikap sebegini. Malah, pembabitan saya dalam beberapa drama Melayu juga membuatkan saya sedikit sebanyak tahu mengenai agama itu.

“Jujurnya, saya terkilan dengan golongan ini yang mempunyai mentaliti begini. Dan, saya sedar kenyataan ini juga pasti membuatkan segelintir orang tidak senang hati,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran terbaru berjudul yang dinyanyika­n bersama naib juara Isabela Vinzon.

 ??  ?? single We Got This
The Voice Teens Philippine­s 2017,
single We Got This The Voice Teens Philippine­s 2017,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia