Berita Harian

Hannah Delisha besar kepala?

-

Photograph­er, yang menemui penonton tahun lalu, gadis kacukan Melayu-inggeris itu mampu membuatkan penonton menyukainy­a. Apatah lagi, dalam drama itu dia berganding­an dengan hero kegilaan ramai, Syafiq Kyle.

Sebelum ini, Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch lebih dikenali sebagai model, pengacara dan penyanyi di negara seberang tambak. Namun, bakat Hannah lebih ke arah dunia nyanyian apabila menghasilk­an empat

seperti

dan terbaru,

Orangnya memang cantik, bakat pula tidak mengecewak­an. Tentunya selepas drama pertama yang menjulang namanya, Hannah menjadi buruan produser dan pengarah drama serta filem.

Belum sempat setahun berjuang dalam industri hiburan di Malaysia, Hannah sudah dilamar pengarah filem terkenal, Osman Ali, untuk membintang­i filem seram garapannya berjudul

Khabarnya, anak kepada penyanyi era 1980-an, Noor Ashikin, itu juga menjadi pilihan produk tempatan dan antarabang­sa. Bertuah sungguh dilahirkan gadis kacukan seperti Hannah. Berebut-rebut pengusaha produk mahu menjadikan dirinya sebagai duta.

Bagaimanap­un, di sebalik semua itu, terdengar dakwaan kononnya Hannah kini sudah pandai meletakkan harga yang tinggi selain bersikap besar kepala. Betul ke?

Khabarnya, ketika mula mahu bertapak di Malaysia, bukan main merendah diri lagi, tetapi selepas popular sekelip mata, segala-galanya berubah. Khabarnya, harga yang diletakkan pun tidak masuk akal.

Dengarnya juga, Hannah menolak untuk membintang­i telefilem berjudul Mencintaim­u Mr Photograph­er versi raya. Kenapa pula, tidakkah drama itu yang menjulang namanya sehingga dikenali? Mungkin Hannah terlalu sibuk dengan penggambar­an drama lain kot?

Raja dengar jadual penggambar­an Hannah penuh sehingga hujung tahun ini. Raja pun sudah beberapa kali bertanya mengenai tarikh Hannah untuk sesi fotografi, tetapi hingga hari ini, belum ada tarikh yang sesuai. Bayangkan, betapa sibuknya Hannah, kan?

 ??  ?? single Rentak, Anugerah, Tak Perlu Kata Apa-apa
Esok Masih Ada. Langsuir. RAJA: Seorang pengarah memuat naik video artis baharunya dalam laman sosial. Tiba-tiba, di bawah video berkenaan, kelihatan komen seorang artis kontrovers­i yang bertanya,...
single Rentak, Anugerah, Tak Perlu Kata Apa-apa Esok Masih Ada. Langsuir. RAJA: Seorang pengarah memuat naik video artis baharunya dalam laman sosial. Tiba-tiba, di bawah video berkenaan, kelihatan komen seorang artis kontrovers­i yang bertanya,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia