Berita Harian

Haqiem buat gimik bodoh?

-

Murung dan mahu berhenti menyanyi hanyalah gimik? Apa yang penyanyi remaja, Haqiem Rusli, cuba buat? Tiadakah idea lain yang terlintas dalam fikiran, selain mereka-reka gimik sedemikian?

Sudahlah satu Malaysia keluh kesah apabila mendapat tahu penyanyi lagu Tergantung Sepi mahu bersara, kononnya berada dalam kemurungan. Apatah lagi Haqiem dilihat membuang gambar dalam akaun Instagramn­ya yang memiliki lebih sejuta pengikut.

Kononnya, dia mengalami tekanan sejak awal tahun dan pelbagai masalah lain hingga menyebabka­n dirinya mengambil keputusan untuk berehat seketika. Sama ada mahu menyanyi atau bersara, keputusan akan diumumkan pada Julai (bulan ini).

Tup tup, awal Julai, Haqiem mengumumka­n tidak jadi bersara dan akan muncul dengan lagu terkini berjudul Selamat Tinggal Sayang, ciptaan sepenuhnya diri sendiri. Alahai, cari pasal betul si Haqiem.

Haqiem seolah-olah mempermain­kan isu kemurungan dan memperbodo­hkan peminat. Sanggup kan?

Raja tengok, Haqiem kena ‘bantai teruk’ di laman sosial. Jika kena hentam seperti sekarang, mungkin ada logiknya jika dia berdepan dengan depresi.

Jangan kata peminat, khabarnya rakan artis seperti Ernie Zakri pun bengang diperbodoh­kan dengan gimik Haqiem itu. Begitu juga dengan Caprice.

Raja dengar Ernie rasa diperbodoh­kan selepas diminta hadir dalam sebuah program siaran stesen radio dengan memperguna­kan namanya bagi mempromosi­kan gimik murahan yang dirancang Haqiem.

Ernie fikir, jemputan itu untuk mempromosi­kan single terbarunya berjudul Misteri, tetapi sebaliknya terkejut apabila mengetahui semua ini adalah perancanga­n yang sudah lama diatur.

“Saya rasa macam orang bodoh. Saya tertanya-tanya apa yang saya buat dekat sini.

“Saya tidak tahu menahu mengenai rancangan gimik kemurungan dan nak berhenti menyanyi, dan apa yang membuatkan saya bersedih, kenapa menggunaka­n saya untuk rancangan sebegitu?

“Kalau awak nak buat gimik atau sesuatu pada karier sendiri, buatlah. Pada saya, sangat kejam dan tidak baik membabitka­n orang lain dalam hal kamu,” katanya dalam satu kenyataan.

Ernie khabarnya mengambil keputusan untuk bersuara selepas mendapat kritikan yang mendakwa dirinya menyokong tindakan Haqiem membuat gimik itu.

Haqiem oh Haqiem, fikirkanla­h tindakan kamu itu betul atau tidak. Sampai hati mengaitkan rakan artis lain dalam gimik merepek! Raja baca, kebanyakan artis yang memberikan semangat semuanya sedang merentan... Mana nak letak muka?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia