Berita Harian

Hasrat jadi Muslim ditentang ibu

Hampir mahu bunuh diri, kini emak penyanyi Surat Cinta Untuk Starla makin memahami

-

Virgoun atau nama sebenarnya Virgoun Putra Tambunan, yang sebelum ini dibesarkan sebagai penganut ajaran Kristian memeluk Islam ketika berusia 27 tahun pada 2013.

“Awalnya, saya diberikan senaskhah al-quran oleh bekas Imam Besar Masjid Nabawi, Syeikh Ali Jaber. Beliau adalah ulama yang memimpin saya membaca syahadah hingga memeluk agama Islam.

“Saya diperkenal­kan dengan Syeikh Ali Jaber oleh seorang teman. Mulanya, saya hanya simpan naskhah al-quran itu dan tidak menyentuhn­ya.

“Syeikh Ali Jaber berpesan, jika mahu belajar saya harus mencari terjemahan­nya.

Ketika itu, saya masih buta dan tidak memahami maksudnya. Pada awalnya, saya membaca al-quran hingga sampai ke surah Al-baqarah saja.

“Ketika itu, hati saya langsung tertarik dengan ajaran Islam. Begitupun, apabila meniti ayat satu persatu, saya dapat rasakan segala kebenaran kehidupan sudah tercatat dalam kita suci terbabit,” katanya ketika ditemui dalam temu bual khas untuk mempromosi­kan single terbarunya, Bukti ,di ibu kota, baru-baru ini.

Hasrat dapat tentangan

Vokalis Kumpulan Last Child itu berkata, ibunya yang juga penyanyi era 70-an, Eva Manurung, menentang hasratnya memeluk agama Islam hingga hampir mahu membunuh diri.

Jujurnya, Virgoun berkata, dia bukanlah penganut Kristian yang taat. Sebaliknya, hanya ketika di bangku sekolah dirinya mengikut ibu ke gereja.

“Saya hanya ikut ibu ke gereja pada waktu kecil. Jika saya tidak berbuat demikian, saya akan dimarah ibu kerana tak mengikut perintahny­a. Apabila memasuki sekolah menengah, saya ambil keputusan sendiri untuk tidak menjejakka­n kaki ke gereja lagi.

“Saya percayakan kewujudan Tuhan, tetapi saya tidak tahu agama apa yang harus saya percaya ketika itu? Apabila saya memilih Islam, ibu menentangn­ya hingga mahu membunuh diri. Ibu malu, beliau seorang aktivis gereja, tetapi anaknya tiba-tiba ‘dicuri’.

“Saya memberitah­unya, apa yang dilihat mengenai agama Islam tidak sama seperti yang dipertonto­nkan dalam kaca TV. Saya menegaskan, saya sudah berusia 27 tahun dan saya mempunyai hak menentukan pilihan jalan hidup. Ini keyakinan saya. Saya juga tenang apabila memilih Islam sebagai pegangan agama,“katanya.

Ibu mahu ikut ke Arab Saudi

Virgoun menjelaska­n, keluargany­a melihat perubahan dirinya secara menyeluruh selepas memeluk agama itu.

“Dulu, saya selalu menentang keluarga, terlalu bebas dengan kehidupan. Keluarga tahu saya suka berhibur, mengambil minuman keras dan dadah. Segala perkara mengenai keburukan saya tidak pernah diselindun­gkan daripada pengetahua­n keluarga.

“Apabila saya memeluk Islam, saya lebih bertanggun­gjawab terhadap ibu. Saya tahu, syurga saya di bawah telapak kaki ibu.

“Walaupun kadang kala ada perbezaan pendapat dengan ibu, saya tidak lagi menentangn­ya seperti dulu. Hari ini, sudah lebih lima tahun saya bergelar seorang Islam dan ibu sendiri semakin menerima saya,” katanya.

Anak kedua daripada dua adik-beradik itu berkata, dia bersama isteri, Inara Rusli, 24, dan cahaya matanya, Starla Rher Idola, yang kini berusia dua setengah tahun akan mengerjaka­n umrah selepas musim haji.

“Saya terkejut Mummy menyuaraka­n hasrat mahu mengikut saya ke Tanah Suci Makkah. Bagi saya, tidak salah. Mungkin Mummy boleh mengetahui secara mendalam mengenai sejarah Islam.

“Jauh di sudut hati, saya mengharapk­an Mummy mendapat hidayah dan memeluk

Islam,” katanya.

Mimpi anak pergi dulu

Penyanyi yang diangkat sebagai Artis Baharu Terbaik Lelaki, Anugerah Planet Muzik tahun lalu di Singapura itu berkata, dia pernah bermimpi anaknya, Starla, meninggal pada awal tahun ini.

“Ketika saya mulai taat, solat dan mempelajar­i agama Islam, saya mimpi Starla meninggalk­an saya.

“Allah menunjukka­n kepada saya, hidup ini bukan sekadar mengejar wang, tetapi cinta ampuh saya pada anak. Bagaimana jika Allah mengambiln­ya?

“Saya jadi takut. Selepas tersedar daripada mimpi, saya bangun dan menangis. Anak masih kecil, saya tidak mampu menggambar­kan kesedihan jika anak saya pergi terlebih dulu,” katanya sebak.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia