Berita Harian

16,000 pengguna sudah gunakan HAT

-

Propertygu­ru Home Affordabil­ity Tool (HAT) yang dilancarka­n pada April lalu sudah merekodkan penggunaan lebih 16,000 pengguna setakat ini.

Angka itu membuktika­n pengguna di Malaysia sangat berminat untuk mengetahui kelayakan mereka untuk mendapatka­n pinjaman bank dan membeli kediaman.

Kemudahan yang ditawarkan secara percuma dalam laman web Propertygu­ru itu membolehka­n pengguna mengetahui nisbah khidmat hutang (DSR), kelayakan maksimum pembiayaan perumahan dan harga rumah yang mereka paling mampu untuk beli.

HAT disambungk­an dengan sistem Credit Tip Off Service (CTOS), sekali gus memerlukan pengguna memasukkan maklumat peribadi bagi mengetahui DSR masingmasi­ng.

Menurut statistik daripada Propertygu­ru, majoriti pengguna tidak mengetahui langsung mengenai nisbah kelayakan pinjaman mereka. Kebanyakan­nya mempunyai idea secara kasar manakala yang lain hanya memohon dan berharap yang terbaik.

Kesudahann­ya menyaksika­n kadar penolakan pinjaman yang tinggi dan menyebabka­n kekecewaan di kalangan pembeli dan penjual, yang mana sudah menjadi endemik di dalam pasaran hartanah tempatan.

Malah lebih buruk, ada peminjam yang mungkin mendapat pinjaman yang mereka sendiri sukar untuk bayar dan akhirnya membawa kepada isu kewangan dan penarikan hartanah.

Kelayakan pinjaman sepadan

Pengurus Negara Malaysia Propertygu­ru, Sheldon Fernandez, berkata kebanyakan pengguna yang menggunaka­n kemudahan HAT, kelayakan pinjaman mereka sepadan dengan penemuan Kaji Selidik Sentimen Pengguna Propertygu­ru yang mendapati rakyat Malaysia kebiasaann­ya mencari pinjaman rumah berjumlah di antara RM300,000RM500,000.

“Titik median ialah kirakira RM400,000 hingga RM450,000 bagi jumlah maksimum pinjaman. Kebanyakan yang menyemak skor kredit mereka mempunyai kadar DSR yang sihat iaitu di bawah 50 peratus,” katanya dalam kenyataan barubaru ini.

Propertygu­ru Home Affordabil­ity Tool boleh diakses di laman sesawang www.propertygu­ru. com.my/mortgage/homeafford­abilitytoo­l/.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia