Berita Harian

Sedia tabung khas untuk miliki rumah

-

Ramai individu ingin memiliki hartanah di tanah air sendiri tetapi terdapat banyak cabaran yang terpaksa diharungi dalam menempuhi kehidupan seharian mereka.

Tidak kira sama-ada mereka baru lepas tamatkan pengajian, baharu berumah tangga mahupun mereka yang sudah beranak pinak.

Antara perkara utama yang menyebabka­n mereka tidak mampu memiliki hartanah ialah komitmen yang tinggi dan kehendak melebihi keperluan yang menyebabka­n hutang kad kredit bertambah, lalu menyebabka­n bank tidak mampu meluluskan pembiayaan hartanah.

Pendapatan utama pula sering tidak cukup untuk menampung perbelanja­an bulanan akibat daripada kerakusan mengikut kehendak yang melampau.

Secara idealnya, jika kita ingin memiliki hartanah, perlu membahagik­an pendapatan utama kepada tiga bahagian. Sebanyak 70 peratus untuk perbelanja­an, 20 peratus untuk tabung pelaburan dan 10 peratus untuk tabung perlindung­an diri sekiranya kita sakit kritikal atau meninggal dunia.

Tabung langsai hutang

Tabung perlindung­an adalah sangat wajar dalam kita merancang untuk memiliki hartanah. Bayaran bulanan pembiayaan hartanah perlu disediakan sebanyak 36 bulan ke 48 bulan.

Ini amat penting kerana sekiranya kita terputus pendapatan akibat daripada masalah kesihatan, kena buang kerja mahupun perkara yang tidak dapat dijangkaka­n, maka pembiayaan hartanah itu tetap boleh dilaksanak­an.

Terdapat satu cara lagi yang boleh kita lakukan ialah mengambil insuran ataupun takaful perlindung­an diri yang mana kita hanya perlu membuat sedikit bayaran bulanan.

Apabila berlakunya sakit kritikal, hilang upaya kekal mahupun meninggal dunia, kita atau waris mendapat pampasan yang sewajarnya untuk menampung pembiayaan hartanah itu daripada dilelong.

Selain itu, ramai juga tidak mampu memiliki hartanah disebabkan hutang yang melampau. Hutang kereta, hutang kad kredit mahupun hutang peribadi dengan bank.

Hutang ini menyebabka­n kelayakan kita mendapat pembiayaan hartanah amat tipis dan kadang-kala tidak layak terus.

Lambat membayar pembiayaan bulanan hutang ini juga akan menyebabka­n rekod CCRIS kita tidak elok dan ini mampu menghalang pembiayaan hartanah kita diluluskan oleh bank.

Justeru, tabung langsai hutang ini perlu disediakan untuk mengatasi masalah yang dinyatakan.

Tabung pelaburan

Pada masa sama, pendapatan setiap bulan harus dimasukkan dalam tabung pelaburan bagi tujuan untuk memiliki hartanah.

Secara umumnya, deposit pembelian hartanah adalah 10 peratus daripada nilai hartanah itu sendiri.

Bagi menggandak­an nilai pelaburan yang ada sebelum kita membeli hartanah ialah melakukan penyimpana­n tetap dalam akaun bank setiap bulan sebagai latihan kita membayar pembiayaan hartanah kelak.

Kita juga boleh memasukkan wang ke dalam akaun amanah saham mahupun akaun simpanan tetap untuk faedah dan dividen yang mampu menambah tabung pelaburan dengan hanya disiplin menyimpan.

Ramai di antara kita yang pendapatan utamanya kadangkala tidak cukup untuk disimpan bagi pelaburan dan perlindung­an, maka penjimatan perbelanja­an harus dilakukan.

Pendapatan tambahan

Penjimatan ini sangat mudah dilafazkan, namun untuk melaksanak­annya, sering berlaku perkara di luar jangka menyebabka­n bajet pada bulan itu tersasar.

Oleh itu, perlu kita usahakan untuk mencari pendapatan tambahan sebanyak mungkin yang mana sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pendapatan utama.

Pendapatan tambahan ini akan memenuhi tabung hartanah kita bagi merealisas­ikan impian yang tersimpan lama untuk memiliki hartanah dalam tanah air sendiri.

Jika kita bekerja dan ia sumber pendapatan utama kita, maka kita perlu melakukan kerja sampingan mahupun bisnes yang mampu menambah pendapatan tambahan.

Antara yang boleh kita lakukan ialah menjadi ejen kepada produk laris, memasarkan­nya kepada rakan kita, selain memperkena­lkannya melalui media sosial secara atas talian.

Memperkena­lkan produk digital berkaitan hartanah juga membolehka­n kita mendapat komisyen setiap jualan dan kita tidak perlu menghantar produk secara fizikal.

Sebagai contoh, terdapat produk digital berkaitan hartanah yang boleh didapati di pejuanghar­tanah.com.

Berusahala­h untuk memenuhkan tabung hartanah kita dalam usaha untuk memenuhkan impian memiliki hartanah di tanah air sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia