Berita Harian

Ecoworld Internatio­nal mula projek Yarra One

- Oleh Nora Mahpar

Eco World Internatio­nal Bhd (Ecoworld Internatio­nal) memulakan pembinaan projek milik Yarra One, sebuah menara bernilai AUD$243 juta (RM728 juta) yang terletak di South Yarra, di sini.

Dengan tujuh pembanguna­n pada peringkat antarabang­sa termasuk di United Kingdom dan West Village di Parramatta, Sydney dalam barisan portfolion­ya, Yarra One, yang dilancarka­n pada 2017, adalah projek pertama Ecoworld Internatio­nal ke pasaran Melbourne.

Direka oleh arkitek terkemuka dunia, Fender Katsalidis dan menawarkan pelbagai kemudahan untuk memenuhi keperluan penghuniny­a, menara 26 tingkat itu merangkumi 255 unit pangsapuri yang terdiri daripada satu, dua dan tiga bilik tidur, selain penthouse empat bilik tidur.

Majlis pecah tanah itu dihadiri Datuk Bandar Stonningto­n Cr Steve Stefanopou­los; Pengasas Arkitek Fender Katsalidis, Karl Fender; Pengarah Eksekutif Pembanguna­n Eco World dan Pengarah Eksekutif Salcon Bhd, Datuk Eddy Leong dan Pengarah Eksekutif Ecoworld Internatio­nal, Datuk Voon Tin Yow.

Kembangkan jenama Ecoworld

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Ecoworld Internatio­nal, Datuk Teow Leong Seng, berkata upacara pecah tanah itu adalah satu peristiwa penting bagi syarikat dan sebagai projek pertama dengan banyak lagi projek ikonik dijangka menembusi pasaran Melbourne.

“Pasaran Melbourne yang matang dengan penerimaan terhadap Yarra One menjadi pengalaman yang sangat positif kepada kumpulan.

“Kami tidak sabar melihat projek itu disiapkan, sekali gus mengembang­kan jenama Ecoworld, yang menumpukan pada gaya hidup kepada pasaran Australia,” katanya dalam satu kenyataan.

Di dalam bahagian Atrium Yarra One akan menempatka­n ruang pejabat tiga tingkat dengan bilik mesyuarat, pejabat persendiri­an, ruang majlis, internet berkelajua­n tinggi dan kafe.

Ecoworld Internatio­nal melantik Hickory sebagai kontraktor utama dengan pembinaan dijangka siap pada separuh kedua 2020.

 ?? [ FOTO AIZUDDIN SAAD / BH] ?? Kevin (kiri) menerima jersey daripada Ho selepas sidang media sempena perlawanan akhir Shopee Piala FA di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. Majlis pecah tanah projek Yarra One di Melbourne. Teow Leong Seng,
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif...
[ FOTO AIZUDDIN SAAD / BH] Kevin (kiri) menerima jersey daripada Ho selepas sidang media sempena perlawanan akhir Shopee Piala FA di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. Majlis pecah tanah projek Yarra One di Melbourne. Teow Leong Seng, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia