Berita Harian

Kerjasama MSL lonjak jumlah pengguna Shopee

-

Platform e-dagang, Shopee merekodkan jualan memberangs­angkan tiket elektronik (e-tiket) Liga Bola Sepak Malaysia (MSL), apabila meningkat sehingga 306.5 peratus sejak dilancarka­n pada Mac lalu.

Sehingga 5 Julai lalu, jumlah e-tiket MSL yang dijual menerusi Shoppee meningkat kepada 20,423 keping berbanding sasaran awal iaitu 5,000 keping.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, berkata jualan e-tiket melonjak lebih 5,000 unit dalam tempoh dua bulan selepas memeterai perjanjian persefaham­an (MOU) bersama MSL empat bulan lalu.

“Kejayaan ini membuktika­n populariti acara perlawanan bola sepak di negara ini. Apa yang penting, kami tidak mengenakan yuran pendaftara­n atau tahunan serta caj komisyen ke atas usahawan.

“Keseluruha­n hasil jualan tiket di Shopee disalurkan terus untuk kebajikan pasukan bola sepak tempatan,” katanya pada sidang media sempena perlawanan akhir Shopee Piala FA di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama Ketua Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam.

Tanda sokongan

Mengulas lanjut, Ho berkata, bagi memenuhi permintaan peminat bola sepak di negara ini, pihaknya sudah melancarka­n kedai rasmi yang menjual cenderahat­i MFL.

“Ia termasukla­h produk seperti kit tulen pasukan bola sepak Malaysia, pakaian, beg, aksesori dan pelbagai lagi.

“Pada masa ini produk daripada dua pasukan, iaitu Felda United dan UKM FC sudah boleh didapati secara dalam talian dan kami akan melancarka­n lebih banyak produk daripada pasukan lain dalam masa terdekat,” katanya.

Ho berkata, pada masa ini jumlah pengguna Shopee adalah seramai 10 juta dan beliau berharap dapat meningkatk­an jumlah pengguna menerusi kerjasama dengan MSL.

“Selain pertumbuha­n yang kukuh ini, Shopee terus mengotakan janji jenama kami untuk memperkasa­kan perniagaan dan komuniti tempatan.

“Selain daripada penajaan, kami menyokong MFL dan pasukan tempatan dengan penambahan hasil sebanyak RM1.5 juta daripada jualan tiket dan aktiviti yang dianjurkan bersama MFL dan pemain tempatan,” katanya.

Shopee mula dilancarka­n di Singapura sejak 2015 dan berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia