Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Dirham UAE

Taka Bangladesh Renminbi China Krone Denmark Dolar Hongkong Rupee India Rupiah Indonesia Yen Jepun

Dolar Taiwan Krone Norway Rupee Pakistan Peso Filipina

Riyal Qatar

Saudi Riyal

Rand Afrika Selatan Sri Lanka Rupee Swedish Krona Thai Baht

Harga minyak merosot dalam dagangan tidak menentu semalam berikutan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif terhadap barangan China dalam perang perdaganga­n yang semakin memuncak antara dua ekonomi terbesar dunia itu.

Pada asasnya, harga minyak jatuh semalam bersama dengan pasaran saham Asia.

Bagaimanap­un, pada 0649 GMT niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermedia­te (WTI) naik 16 sen atau 0.2 peratus daripada penyelesai­an terakhir pada AS$73.10 satu tong.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun 7 sen atau 0.1 peratus kepada AS$77.32.

Pertikaian perdaganga­n antara AS dan China mengheret pasaran minyak.

Washington mengenakan tarif terhadap barangan China mulai jam 12:01 pagi waktu Washington DC (0401 GMT) semalam.

China mengatakan ia akan mengenakan tarif ke atas 545 barang AS sebagai membalas dendam tindakan AS itu.

Sementara itu, pelabuhan utama China menangguhk­an operasi membawa masuk barang dari AS, menurut beberapa sumber.

Sebagai sebahagian daripada tindakan membalas dendam, Beijing turun mengancam mengenakan tarif 25 peratus terhadap import minyak mentah AS, walaupun ia tidak menyatakan tarikh penguatkua­saannya.

Penghantar­an minyak mentah AS ke China sekitar 400,000 tong sehari (bpd), bernilai AS$1 bilion sebulan pada harga semasa.

Tarif itu akan menjadikan minyak AS tidak kompetitif di China.

 ??  ?? Helen Lau,
Penganalis­is Argonaut Securities
Helen Lau, Penganalis­is Argonaut Securities

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia