Berita Harian

Kaunter serantau catat pemulihan

-

Saham Asia melantun daripada paras terendah sembilan bulan dalam dagangan tidak menentu semalam selepas Washington menambat tarif import China.

Langkah itu mencetuska­n kebimbanga­n dalam kalangan pelabur bahawa ia akan menjadi permulaan perang perdaganga­n berskala besar antara dua ekonomi terbesar dunia itu.

Pemerhati meramalkan kenaikan 0.5 hingga 0.6 peratus apabila FTSE Britain, CAC Perancis dan DAX Jerman dibuka.

Mengakhiri dagangan, saham China memimpin pemulihan pasaran Asia.

“Hubungan China-as adalah satu komponen besar perdaganga­n global yang memberi kesan kepada ekonomi dunia dan mempunyai implikasi yang sukar untuk dijangka,” kata ketua penyelidik­an ekonomi Asia di HSBC di Hong Kong, Frederic Neumann.

“Saya tidak fikir ia memberi kesan seperti yang diperkatak­an. Kedudukan China kuat untuk mengelakka­n perkara tidak diingini berlaku dalam senario semasa,” katanya.

Indeks meluas MSCI sahan Asia Pasifik di luar Jepun, turun 0.5 peratus pada awal dagangan menokok 0.6 peratus pada tengah hari.

Indeks Komposit Shanghai naik 0.4 peratus. Pada waktu pagi, ia turun 1.6 peratus kepada 2,691, menghampir­i paras terendah pertengaha­n Januari 2016 pada 2,638, namun kemudian ia naik lebih 1.0 peratus.

Indeks saham Nikkei Jepun naik sebanyak 1.1 peratus, pulih daripada paras rendah tiga bulan yang dicatatkan semalam.

Tarif AS terhadap lebih 800 barang dari China bernilai AS$34 bilion berkuat kuasa pada 0401 GMT.

Kementeria­n Perdaganga­n China dalam satu kenyataan berkata, selepas AS mengumumka­n tarif itu, ia terpaksa membalas dendam, yang mana semua produk import dari AS, termasuk automatif dan produk pertanian berdepan tarif 25 peratus bernilai AS$34 bilion.

 ?? [ FOTO AFP] ?? Nikkei antara saham yang pulih daripada paras rendah tiga bulan yang dicatatkan semalam.
[ FOTO AFP] Nikkei antara saham yang pulih daripada paras rendah tiga bulan yang dicatatkan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia