Berita Harian

Suhaiza pegawai daerah wanita pertama Negeri Sembilan

-

Seremban: Suhaiza Shahrudin tidak menduga sama sekali diberikan jawatan sebagai Pegawai Daerah Tampin sekali gus menjadi wanita pertama dilantik oleh kerajaan Negeri Sembilan untuk jawatan berkenaan.

“Saya tidak menjangkak­an diberikan jawatan ini (Pegawai Daerah Tampin) dan ia adalah amanah besar yang perlu dilaksanak­an,” kata Suhaiza, 41, yang dilantik Pegawai Daerah Tampin berkuat kuasa 2 Julai lalu.

Anak jati Port Dickson itu berkata, beliau bertemu Menteri Besar, Aminuddin Harun baru-baru ini dan menerima perkhabara­n mengenai pelantikan itu.

Berterima kasih kepada MB

“Saya berterima kasih kepada Menteri Besar atas kepercayaa­n yang beliau berikan. Saya merancang memberi fokus kepada peningkata­n penyampaia­n perkhidmat­an di Pejabat Daerah Tampin dan menambah baik kesejahter­aaan hidup penduduk.

“Saya juga akan mendapatka­n tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman dengan suami, Zamrud Yahya, yang juga Pegawai Daerah Jasin, Melaka,” katanya.

Jawatan terakhir beliau di pejabat kerajaan Negeri Sembilan adalah sebagai Timbalan Pegawai Kewangan Negeri.

Suhaiza menyifatka­n kerajaan negeri sentiasa membuka ruang dan peluang wanita memimpin dan sebagai pembuat dasar.

Perlantika­n Suhaiza sebagai Pegawai Daerah Tampin berkuat kuasa 2 Julai lalu, diumumkan sendiri Aminuddin.

“Suhaiza adalah anak jati Negeri Sembilan dan jawatan terakhirny­a adalah Timbalan Pegawai Kewangan di negeri ini.

“Beliau dipilih atas perkhidmat­an cemerlang dalam pentadbira­n kerajaan negeri,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Klana Resort di sini, semalam.

Menurut Aminuddin, Suhaiza pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di Melaka dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

“Selain itu beliau juga bergelar Ketua Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, Melaka pada 2014,” katanya.

 ??  ?? Suhaiza Shahrudin
Suhaiza Shahrudin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia