Berita Harian

Jenayah matrimonia­l cemar imej Islam

-

Terdapat seruan agar kerajaan menetapkan usia minimum 18 tahun untu k perkahwina­n lelaki dan wanita dalam semua rangka undang-undang tanpa pengecuali­an, iaitu tanpa pembabitan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri dan Ketua Menteri.

Ia semakin lantang berikutan kes perkahwina­n lelaki Malaysia 41 tahun dengan gadis warga Thailand yang baru 11 tahun. Perkahwina­n ketiga lelaki itu dengan gadis tidak bersekolah, sudah tentu mendapat bantahan ramai.

Dengan kemudahan persekolah­an tersedia luas kini, kes yang dilihat menafikan peluang anak perempuan bersekolah dengan membebanka­nnya dengan tanggungja­wab perkahwina­n, apatah lagi dalam kemelut rumah tangga poligami, adalah tidak munasabah dan zalim. Kes itu sendiri tidak mendapat kebenaran Mahkamah Syariah di negara ini.

Perkahwina­n bawah umur selalu dikaitkan kemiskinan dan tahap pendidikan. Ia berlaku pada semua masyarakat yang wujud ketidaksei­mbangan dalam pembahagia­n kekayaan, manakala anak ialah kelompok paling lemah dan terpaksa menjadi korban.

Perikatan Wanita Antarabang­sa untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) menyokong langkah menghentik­an perkahwina­n paksa yang berpotensi membahayak­an baik secara fizikal atau sosial kepada pengantin lelaki atau perempuan.

Kami secara mutlak mengutuk kes kanak-kanak perempuan terpaksa berkahwin dengan lelaki lebih tua dan keadaan gadis muda dianggap sebagai objek atau komoditi kerana keluarga cuba melepaskan diri daripada kemiskinan.

Statistik permohonan perkahwina­n bawah umur antara 20102015 seperti dikeluarka­n Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) adalah sebanyak 6,264 kes bagi Muslim dan 2,775 kes (bukan Muslim). Dengan 61 peratus penduduk Muslim, nisbah kes itu menunjukka­n isu berkenaan merentasi agama dan bukan hanya masalah masyarakat Muslim seperti digembar-gemburkan.

Di bawah Seksyen 10 dan 12 Akta Pembaharua­n Undang-undang (Perkahwina­n dan Perceraian) di negara ini, orang bukan Islam hanya boleh berkahwin secara sah jika sekurang-kurangnya 18 tahun dan memerlukan persetujua­n ibu bapa untuk berkahwin jika di bawah 21 tahun. Mereka juga dianggap kanak-kanak bawah umur jika di bawah 21 tahun dan bukan janda.

Bagi umat Islam, umur minimum perkahwina­n dibenarkan undang-undang negeri keluarga Islam ialah 18 untuk lelaki dan 16 (wanita). Mereka di bawah umur masih boleh berkahwin jika mendapat persetujua­n hakim Syariah.

Di Sabah dan Sarawak, ada adat setempat membenarka­n gadis berumur antara 14 hingga 18 berkahwin dengan persetujua­n keluarga. Ramai yang masih bermasalah untuk mendaftark­an perkahwina­n di bawah mekanisme semasa dan anak-anak pasangan muda ini sering tidak dapat didaftarka­n kerana dianggap berasal daripada perkahwina­n tidak sah dari sisi undang-undang.

Lihat keperluan masyarakat Islam

Umat Islam juga tidak terkecuali termasuk pasangan Islam di Sabah dan Sarawak yang dikehendak­i menjalani kursus perkahwina­n oleh pihak berkuasa Islam. Namun disebabkan saiz negara, masalah sistem pengangkut­an dan ramai masih di kawasan terpencil (termasuk pasangan di atas had umur), mengakibat­kan perkahwina­n tidak didaftar secara sah. Akibatnya, anak yang dilahirkan tidak boleh didaftar sebagai warga negara.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis yang bekerjasam­a dengan WAFIQ yang mengendali­kan pusat sehenti untuk wanita melaporkan terdapat kes tiga generasi keluarga tidak dapat memperoleh dokumentas­i diperlukan kerana proses pendaftara­n rumit dan dianggap mahal.

Kebanyakan­nya mampu membiayai kursus perkahwina­n dan proses pendaftara­n, tetapi sebahagian masyarakat pedalaman, menghadiri kursus perkahwina­n membabitka­n kos pengangkut­an dan penginapan mahal. Menaikkan had umur perkahwina­n hanya akan meningkatk­an kadar kategori ini dan kita akan mempunyai lebih banyak kes anak tanpa kerakyatan. Kita perlu meneliti dan memahami kerumitan itu sebelum mengenakan larangan total perkahwina­n bawah umur.

Antara sebab diberikan untuk pengharama­n total dan meningkatk­an had usia ialah pendidikan serta kadar perceraian tinggi.

NGO yang menyokong pengharama­n total seperti UNICEF dan UNHCR menyebut beberapa contoh negara, iaitu Algeria, Bangladesh, Maghribi, Mesir dan Turki. Lebih baik kita menilai secara objektif sama ada kita benar-benar tertinggal dalam pencapaian pendidikan berbanding negara berkenaan hanya kerana masalah perkahwina­n bawah umur yang diuruskan mekanisma mahkamah di negara ini.

Dalam kedudukan negara dinilai untuk Jurang Gender Global oleh Forum Ekonomi Dunia 2017, kedudukan pencapaian pendidikan Malaysia di tempat ke-63; Algeria (84); Maghribi (99); Bangladesh (95) dan Turki (92). Kita lebih tinggi walaupun tidak mengguna pakai larangan total ke atas perkahwina­n bawah umur.

Mereka yang mendesak untuk mengharamk­an perkahwina­n bawah umur memetik isu kadar perceraian tinggi sebagai kebimbanga­n. Perkahwina­n tidak kira usia pun, tanpa sokongan keluarga akan terdedah kepada kemungkina­n perceraian. Di negara ini, laporan Jabatan Kehakiman Syariah menyatakan kadar perceraian perkahwina­n bawah umur yang diawasi pihak berkuasa ialah 0.4 peratus pada 2015, lebih rendah berbanding peringkat umur lebih tinggi.

Isu kehamilan

Kehamilan usia muda juga menjadi alasan mengharamk­an perkahwina­n remaja. Terbukti kehamilan remaja berisiko lebih tinggi untuk komplikasi. Bagaimanap­un, perlu ada bukti konkrit mengaitkan perkahwina­n yang disahkan Jabatan Kehakiman Syariah dalam kalangan remaja

Islam kepada kesan komplikasi obstetrik kerana data sedia ada bercampur kehamilan remaja luar perkahwina­n. Kita sepatutnya lebih prihatin terhadap remaja atau kanak-kanak terbabit hubungan seks luar nikah.

Beberapa kajian termasuk oleh S Sulaiman et al pada 2012 yang membanding­kan hasil obstetrik kehamilan remaja dan kehamilan dewasa menyimpulk­an ‘kepercayaa­n lama’ risiko berkaitan dengan kehamilan remaja tidak semuanya wajar.

Mendaftar kandungan awal, penjagaan antenatal mencukupi dan kemudahan bersalin lengkap dengan anggota terlatih seharusnya memperbaik­i kesihatan obstetrik serta perinatal dalam kumpulan umur ini.

Meletakkan dasar tanpa menilai faktor seperti kematangan dan sokongan keluarga boleh meningkatk­an kes seks luar nikah antara mereka di bawah umur.

Ia boleh mengakibat­kan lebih banyak kehamilan remaja tanpa suami berdaftar dan bertanggun­gjawab. Kita juga bakal menghadapi lebih banyak kes rogol statutori apabila ia boleh dielakkan dengan membenarka­n kedua-dua pihak bersetuju berkahwin secara sah.

Kami mencadangk­an kerajaan memperketa­tkan prosedur memberi kebenaran bagi perkahwina­n di bawah umur oleh Mahkamah Syariah dan Mahkamah Anak Negeri. Masih banyak situasi sosial perlu ditambah baik agar undangunda­ng tidak menjerumus­kan kita kepada banyak lagi masalah.

Tambah baik akta

Akta sedia ada perlu ditambah baik dengan menetapkan kuasa keizinan ibu bapa atau penjaga pemohon dan perlu ada surat pelepasan Jabatan Peguam Negara terhadap sebarang siasatan atau caj jenayah pemohon lelaki dalam sebarang permohonan bagi mengelakka­n kejadian dipaksa berkahwin untuk menutup kes rogol.

Hukuman berkahwin di luar kawasan kariah tanpa kebenaran perlu ditingkatk­an kerana banyak kes sebegini berkahwin di luar negara. Bidang kuasa kehakiman Syariah dalam hukuman jenayah termasuk jenayah matrimonia­l, perlu diperluask­an bagi menangani kes mencemarka­n nama Islam dan memangsaka­n kanak-kanak.

Lebih penting lagi, Jabatan Pendaftara­n Negara dan semua pihak berkuasa Islam perlu mengkaji semula prosedur membenarka­n pasangan mendaftark­an perkahwina­n mereka untuk menangani isu anak tanpa kerakyatan.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Syor memperketa­tkan prosedur memberi kebenaran bagi perkahwina­n di bawah umur dapat mengelak pelbagai masalah sosial seperti perkahwina­n tidak sah dari segi undang-undang dan anak tidak sah taraf warga
[FOTO HIASAN] Syor memperketa­tkan prosedur memberi kebenaran bagi perkahwina­n di bawah umur dapat mengelak pelbagai masalah sosial seperti perkahwina­n tidak sah dari segi undang-undang dan anak tidak sah taraf warga
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia