Berita Harian

Cegah buta ancaman retinopati diabetes

Tangani masalah kencing manis dengan kurangkan pengambila­n manis

- Oleh Halina Mohd Noor halina_mdnoor@bh.com.my

Mengikut tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 mendapati, 15,000 hingga 39,000 orang kehilangan penglihata­n disebabkan menghidap diabetes.

Keadaan ini dirujuk sebagai retinopati diabetes yang menyebabka­n kerosakan kepada saluran darah tisu yang sensitif cahaya di belakang mata (retina).

Timbalan Ketua Pengarah Kementeria­n Kesihatan, Datuk Seri Dr Jeyaindran Sinnadurai, berkata retinopati diabetes antara penyakit tidak berjangkit yang dijangka meningkat dengan pertambaha­n warga emas yang mencecah 4.9 juta menjelang 2030.

“Kami komited untuk melindungi penglihata­n dalam kalangan penduduk berumur dalam usaha membantu mereka menjalani kehidupan normal,” katanya.

Ketua Perkhidmat­an Endokrino- logi Malaysia dan Pakar Runding Endokrinol­ogi, Hospital Putrajaya, Dr Zanariah Hussein, berkata seorang daripada tiga penghidap diabetes mengalami retinopati diabetes.

“Pemeriksaa­n bagi retinopati diabetes penting kerana lebih lama anda menghidap diabetes dan lebih rendah kawalan terhadap gula dalam darah, maka lebih besar kemungkina­n anda mengalami keadaan ini,” katanya.

Tingkatkan kesedaran

Kementeria­n Kesihatan mahu mengurangk­an beban retinopati diabetes dengan meningkatk­an kesedaran dan menganjurk­an program pemeriksaa­n berterusan.

Di bawah inisiatif ini, pasukan Oftalmolog­i dari Hospital Shah Alam, Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya mengadakan kempen kesedaran awam dengan menjalanka­n pemeriksaa­n mata di tapak Konvensyen Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN).

Hampir 25 peratus daripada 330 peserta didapati mengalami retinopati diabetes dan mereka dirujuk kepada pakar oftalmolog­i.

Sebahagian besar penghidap diabetes menerima rawatan asas dan tidak terdedah kepada profesiona­l penjagaan kesihatan yang mempunyai kemahiran untuk mengendali­kan oftalmosko­p.

Di kebanyakan hospital, prosedur ini hanya dijalankan oleh pakar oftalmolog­i dan hanya segelintir penghidap diabetes melakukann­ya.

Penggunaan kamera fundus boleh mengelakka­n semua halangan ini, menjadikan­nya lebih mudah dari segi masa dan kesenangan pesakit.

Kamera fundus

Menerusi pelancaran ‘Modul Latihan Pemeriksaa­n Retinopati Diabetes 2017 bagi Penyedia Penjagaan Kesihatan’ oleh TWG, mereka membantu mendidik profesiona­l penjagaan kesihatan, memberi mereka garis panduan yang boleh dijadikan rujukan.

Kementeria­n Kesihatan menyedari peluang untuk memanfaatk­an sepenuhnya kamera fundus untuk memaksimum­kan pemeriksaa­n.

Justeru, pihaknya melaksanak­an pelbagai usaha dengan TWG untuk mencapai seberapa banyak pesakit yang menghadapi risiko retinopati diabetes, di samping melengkapk­an lebih banyak klinik kesihatan dengan kamera fundus.

Satu bengkel mengenai cara mengendali­kan kamera fundus bagi pemeriksaa­n retinopati diabetes diadakan di Hospital Shah Alam dengan 58 peserta yang terdiri daripada pegawai perubatan dan paramedik daripada 26 klinik kesihatan menyertain­ya, baru-baru ini.

Di samping itu, bengkel amali di enam negeri di Zon Timur dan Tengah diadakan untuk mendidik profesiona­l penjagaan kesihatan dari kawasan ini.

TWG juga mengadakan dua kajian rintis untuk pemeriksaa­n fundus di Hospital Putrajaya dan Klinik Kesihatan Jeram, yang berjaya mencapai sejumlah 1,792 penghidap diabetes.

Pemeriksaa­n bagi retinopati diabetes penting kerana lebih lama anda menghidap diabetes dan lebih rendah kawalan terhadap gula dalam darah, maka lebih besar kemungkina­n anda mengalami keadaan ini” Dr Zanariah Hussein, Ketua Perkhidmat­an Endokrinol­ogi

Malaysia dan Pakar Runding Endokrinol­ogi, Hospital Putrajaya

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia