Berita Harian

Pulih dehidrasi antara khasiat air kelapa

-

Ketika berhadapan cuaca panas dan kurang mengambil air, badan anda terdedah kepada masalah dehidrasi hingga membawa kesan keletihan melampau.

Kesan daripada kehilangan banyak air dalam badan, ramai memilih minuman isotonik bertujuan mengumpulk­an semula cecair yang hilang.

Selain mengambil minuman isotonik, kesan dehidrasi dipulihkan dengan mengambil air kelapa yang berfungsi melancarka­n proses rehidrasi bagi mengembali­kan semula cecair yang hilang.

Ahli Strategis Nutraseuti­kal, Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Azhar Mat Easa, berkata pihaknya menerokai keajaiban air kelapa yang memberi manfaat kepada tubuh.

Beliau berkata, minuman ini boleh diambil sepanjang hari.

Katanya, berbeza air minuman isotonik yang dijual secara komersil, air kelapa kaya elektrolit semula jadi dengan fungsinya memberikan tenaga.

Elektrolit yang terkandung di dalamnya seperti natrium, kalsium, kalium dan magnesium membekalka­n tenaga untuk anda kekal segar sepanjang berpuasa.

“Minuman ini membekalka­n zat dan mineral yang menampung keperluan nutrisi badan, melancarka­n proses rehidrasi bagi membolehka­n air diserap segera dalam tubuh.

“Kandungan gula semula jadi dalam air kelapa membekalka­n tenaga. Anda juga disaran minum air kelapa pada waktu pagi untuk kekal cergas sepanjang hari,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia