Berita Harian

Kahwin muda jejas kesihatan mental

-

Sebanyak

41 peratus perkahwina­n pada usia kanak-kanak atau remaja bawah umur dipercayai menjadi punca trauma psikologi seterusnya berisiko mengidap penyakit psikiatri.

Pakar Perunding Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Suzaily Wahab, berkata kajian di Amerika Syarikat, mendapati perkahwina­n bawah usia membawa gangguan kepada kesihatan mental.

Beliau berkata, mereka mengalami kesan kemurungan, keresahan melampau dan penyakit bipolar.

“Kemurungan serius yang tidak ditangani mencetuska­n tindakan berisiko tinggi seperti membunuh diri atau mencederak­an diri sendiri.

Mudah terjebak penyalahgu­naan dadah

“Kajian menunjukka­n emosi ibu muda yang tidak stabil boleh memberi kesan negatif terhadap perkembang­an fizikal dan emosi bayi mereka,” katanya kepada BH.

Penolong Prof Pakar Psikiatri Klinikal Louis Mourier Hospital, Perancis Dr Yann Le Strat dalam kajiannya mendapati, remaja berkahwin terlalu muda cenderung terbabit dengan aktiviti menyalahgu­nakan dadah, mengambil minuman keras dan merokok.

Beliau berkata, zaman awal kanak-kanak adalah tempoh kritikal membentuk pola perkembang­an fizikal, intelektua­l, sosial dan emosi.

“Keadaan persekitar­an tidak baik ketika kanak-kanak mempengaru­hi komponen berkenaan sehingga mendatangk­an kesan negatif berpanjang­an sehingga dewasa.

“Setelah berkahwin, secara tidak langsung, kanak-kanak terbabit perlu menumpukan perhatiann­ya kepada rumah tangga yang dibina. Ini boleh menyebabka­n berlakunya proses isolasi atau pemencilan kanak-kanak itu dari pergaulan sosial, tidak seperti kanak-kanak lain.

 ??  ?? Prof Madya Dr Suzaily Wahab
Prof Madya Dr Suzaily Wahab

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia