Berita Harian

Larva cacing boleh tembusi lapisan perut

-

komplikasi kesihatan.

Beliau berkata, kesan lain termasuk menjejaska­n sistem pertahanan badan selain reaksi terhadap cacing hingga membawa kepada kesan alahan.

“Alahan dilihat apabila larva cacing mula menembusi lapisan perut dan usus, berisiko menyebabka­n kesakitan dan komplikasi kecederaan dalaman,” katanya.

Alahan dalaman

Dr Mohd Yazli, berkata bagaimanap­un manusia bukan ‘tuan rumah’ semula jadi cacing anisakis ini boleh bertahan lama di dalam perut dan usus manusia.

Beliau berkata, tidak perlu dikhuatiri kerana cacing ini juga tidak boleh membiak di dalam perut manusia.

“Apabila larva daripada ikan sardin ini masuk ke dalam perut ia akan terus menembusi lapisan perut dan kemudian membiak menjadi cacing matang.

“Memandangk­an manusia bukan ‘tuan rumah’ semula jadi haiwan ini, proses kematangan larva terencat, menyebabka­n cacing mati dalam badan manusia,” katanya.

Bagaimanap­un, impak terhadap manusia, Dr Mohd Yazli menjelas, sepanjang proses itu sehingga cacing mati, badan individu akan bertindak balas dan menyebabka­n beberapa gejala tertentu.

Sakit perut, loya, gatal kerongkong

Beliau berkata, gejala paling kerap berlaku adalah kegatalan pada bahagian kerongkong sejurus selepas termakan larva cacing berkenaan.

“Apabila larva sampai ke perut, berlaku kesan sakit perut, loya dan muntah dalam tempoh satu hingga lapan jam selepas menikmati hidangan berkenaan.

“Seandainya cacing berjaya menembusi usus dalam tempoh lima hingga tujuh hari, gejala lebih serius berlaku seperti usus tersumbat hingga menyebabka­n komplikasi seperti sakit perut serius dan cirit-birit berdarah,” katanya.

Dr Mohd Yazli berkata, individu yang sudah termakan sardin yang dipercayai sudah tercemar dinasihat segera menjalani pemeriksaa­n doktor untuk pemeriksaa­n lanjut.

Ganggu sistem saraf

Prosedur rawatan disediakan bergantung kepada lokasi cacing itu berada. Adakalanya cacing dibuang melalui kaedah teropong perut. Kaedah lain termasuk mengambil ubat jika lokasi cacing sukar dikenal pasti.

Beliau berkata, secara keseluruha­nnya penyakit lain berisiko menyerang pengguna tegar makanan dalam tin adalah sejenis penyakit berkaitan saraf, botulism yang disebabkan pencemaran makanan dengan toksin daripada kuman clostridiu­m botulinum.

“Saya sarankan supaya pengguna memastikan produk makanan tin dimasak dengan sempurna. Kebersihan juga aspek penting perlu diutamakan pengusaha makanan dalam tin kerana membabitka­n keselamata­n pengguna,” katanya.

 ?? [ FOTO AIZUDDIN SAAD/BH ] ?? Larva cacing dalam ikan sardin boleh menjejaska­n kesihatan.
[ FOTO AIZUDDIN SAAD/BH ] Larva cacing dalam ikan sardin boleh menjejaska­n kesihatan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia