Berita Harian

Rutin sihat kekal cergas sentiasa

-

Pembahagia­n masa antara kerja dan komitmen peribadi boleh membuatkan anda cepat letih dan lesu sehingga ada masa hilang daya tumpuan.

Keadaan badan letih sebenarnya boleh membuat anda tertekan dan murung sehinggaka­n hilang minat menjalani aktiviti luar bersama keluarga atau rakan.

Kekalkan kesihatan yang baik dengan menjaga pemakanan dan aktiviti senaman tertentu.

Tujuh perkara boleh anda lakukan untuk memberikan kesegaran dan membekalka­n tenaga agar aktif sepanjang hari.

1. Elak makanan berminyak Makanan ringan seperti kerepek dan hidangan bergoreng sememangny­a menggoda selera. Namun, pengambila­n yang berlebihan boleh mengakibat­kan berat badan bertambah.

2. Ambil buah dan kekacang Sebagai ganti kepada makanan ringan, anda boleh mengunyah kudapan sihat seperti buah-buahan segar dan kekacang.

3. Menu lengkap

Makanan sihat dapat membekalka­n tenaga dan kombinasi nutrien berbeza. Gabungkan bijirin, kekacang, buah-buahan, sayuran, daging, ikan, ayam dan produk susu.

4. Amal pengambil jus Kurangkan makanan berlemak, gula dan garam, sebaliknya banyak minum air kosong. Minum jus sayuran segar tanpa campuran buah dan gula sekurang-kurangnya selama tiga hari.

5. Gerakkan badan

Kekal kesejahter­aan, kesihatan kardiovask­ular, kekuatan dan fleksibili­ti badan dengan aktiviti bersesuaia­n.

6. Detoks tubuh

Mandi wap atau sauna dipercayai dapat membantu mengatasi masalah timbunan lemak dengan cepat.

7. Cukup tidur

Tidur yang berkualiti penting untuk memastikan tubuh cukup rehat agar fizikal lebih segar dan bertenaga untuk melakukan aktiviti harian keesokan harinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia