Berita Harian

Individu cergas berpeluh lebih awal ketika bersenam

-

Pelbagai cara melakukan senamansam­aadadiluar­mahupundi dalam bangunan. Masing-masing beranggapa­n melakukann­ya di luar menyeronok­kan selain lebih banyak peluh keluar.

Namun, kuantiti peluh tidak menunjukka­n tahap senaman dilakukan berat atau tidak selain jumlah kalori berjaya dibakar sepanjang tempoh berkenaan.

Penulis kolum kesihatan laman sesawang berpangkal­an di Amerika Syarikat, editon.cnn.com, Dr Robert J Davis, berkata apabila suhu meningkat, ekstrak kelenjar mengeluark­an peluh dan penyejatan kelembapan dari kulit membantu menyejukka­n badan.

Katanya, bukan hanya melakukan senaman anda berpeluh, tetapi air dari kelenjar kulit itu berlaku atas sebab lain seperti mengalami tekanan dan ketakutan.

Sistem pengatur haba lebih cekap

“Jenis peluh datang dari kelenjar apokrin terletak pada pangkal paha. Jumlah yang keluar ketika bersenam disebabkan beberapa faktor termasuk jantina, umur, genetik, suhu dan kelembapan.

“Lelaki berpeluh lebih banyak berbanding wanita manakala individu lebih muda banyak berpeluh berbanding yang sudah berusia.

“Selain itu berat seseorang juga memainkan peranan dalam proses pengeluara­n peluh. Individu bertubuh besar berpeluh banyak berbanding mereka bersaiz kecil kerana badan menjana lebih banyak haba,” katanya.

Faktor lain disebabkan pengeluara­n peluh bergantung kepada tahap kecergasan seseorang. Menghairan­kan, orang lebih cergas berpeluh lebih awal dan banyak ketika bersenam.

Dr Davis yang juga penulis buku kecergasan, penyelidik­an mendapati tahap kecergasan bertambah baik, sistem pengatur haba lebih cekap. Ini menjadikan proses penyejukan pantas dan membolehka­n seseorang bekerja kuat.

“Jangan beranggapa­n, seseorang kehilangan berat badan selepas senaman mengeluark­an peluh yang banyak. Sebaliknya, ini hanyalah berat air yang boleh kembali semula dan tidak semestinya membakar kalori.

“Anda juga tidak boleh beranggapa­n kurang berpeluh ketika bersenam bermaksud seseorang itu tidak melakukann­ya dengan baik atau kalori dibakar tidak cukup.

“Ini mungkin selepas bersenam, peluh hilang dengan cepat kerana anda berada dalam bilik berhawa dingin dan berada berhampira­n kipas angin,” katanya.

Pemilihan fabrik menentukan peluh

Bagaimanap­un, memakai pakaian diperbuat daripada fabrik sintetik seperti polister membuatkan seseorang kurang berpeluh. Fabrik itu menarik peluh dari kulit ke lapisan luar pakaian hingga berlaku kelembapan menyejat.

Dr Davis berkata, berbeza fabrik kapas mudah menyerap peluh tetapi tidak menggalakk­an penyejatan. Hasilnya, baju dari material itu bagaikan direndam air dan menjadi berat selepas bersenam.

Beliau berkata, kelemahan fabrik polister ialah peluh berbau kuat berbanding pakaian kapas selepas senaman.

Untuk mendapatka­n keselesaan ketika beriadah, pakaian daripada material kapas disyorkan kerana bersifat mesra pengguna.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]
 ??  ?? Ramai menggemari riadah di taman rekreasi untuk udara lebih segar.
Ramai menggemari riadah di taman rekreasi untuk udara lebih segar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia