Berita Harian

Pertanding­an KL Chair serlah identiti ibu negara

-

Kuala Lumpur: Sebuah kerusi mungkin hanya sebahagian perabot yang menghiasi rumah atau pejabat berfungsi sebagai tempat duduk melepaskan penat.

Namun bagi kerusi jenis ‘Barcelona Chair’ ia bukan hanya mempunyai fungsi teknikal, tetapi menjelaska­n identiti dan idea mengenai kota raya Barcelona.

Sejarah kerusi Barcelona sudah bermula sejak 89 tahun yang lalu. Rekaan Ludwig Mies van der Rohe dan Lilly Reich itu, asalnya untuk Pavilion Jerman ketika negara itu menyertai Expo Antarabang­sa pada 1929 dengan Barcelona dan Catalonia bertindak sebagai tuan rumah.

Hari ini Kerusi Barcelona selepas melalui beberapa evolusi kemasan sangat popular pada abad ke-20.

Atas inspirasi sama, Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) melancarka­n pertanding­an rekaan KL Chair sebagai sebahagian acara Festival Seni bina Kuala Lumpur 2018 (KLAF 2018) yang berlangsun­g 28 Jun lalu hingga 26 Ogos ini.

Pengarah KLAF2018, Ar Ang Chee Cheong, berkata kerusi selalu menjadi objek pujaan arkitek dan pereka sejak ratusan tahun lalu.

“Kerusi selalunya membawa maksud berbeza bagi setiap orang dan menjadi asas kepada rekaan perabot yang , tetapi pada masa sama membawa maksud simbolik.

Cari pereka kerusi terbaik

“Bagi KL Chair, kami melancarka­n dua fasa pertanding­an untuk mencari pereka kerusi terbaik daripada pelbagai spektrum. Ia mungkin seperti Barcelona Chair yang cepat dikaitkan dengan identiti Barcelona,” katanya.

Justeru, tegas Ang, KLAF 2018 mencari rekaan terbaik yang bukan hanya berfungsi seperti sepatutnya ia dicipta, juga membawa kualiti penting Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu negara.

Meskipun pertanding­an rekaan itu sudah ditutup, keputusan belum dibuat kerana undian hanya dilakukan pada 17 Julai nanti.

Tema ‘Change’

Pada majlis perasmian KLAF2018 di Balai Seni Negara yang disempurna­kan Penaung Diraja, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, 18 rekaan yang disenarai pendek daripada 103 penyertaan turut dipamerkan.

Sementara itu, Tengku Zatashah berkata, seni bina bukan hanya membabitka­n aspek teknikal dan teknologi binaan, bahkan keupayaan memuatkann­ya dalam konteks budaya, berkaitan manusia serta masyarakat dulu dan kini.

“KL Chair menjadi peluang untuk arkitek dan pereka tempatan untuk menghasilk­an rekaan kerusi yang boleh menangkap intipati Kuala Lumpur” katanya.

 ??  ?? Chee Cheong (kiri ) menunjukka­n pertanding­an KL Chair antara sebahagian acara KLAF 2018.
Chee Cheong (kiri ) menunjukka­n pertanding­an KL Chair antara sebahagian acara KLAF 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia