Berita Harian

Shoko Asahara, 6 pengikut digantung

Keluarga mangsa gembira keputusan mahkamah Jepun

-

Pemimpin pelampau Aum Shinrikyo, Shoko Asahara, yang melancarka­n serangan gas sarin di stesen kereta api bawah tanah Tokyo pada 1995, dihukum gantung, semalam, lapor media tempatan.

Enam lagi ahli kumpulan pelampau itu turut digantung bersama ‘guru’ mereka ketika ia difahamkan membawa perkhabara­n ceria kepada warga Jepun.

Asahara atau nama sebenar Chizuo Matsumoto dilaporkan adalah yang pertama digantung diikuti pengikutny­a yang lain.

Pemimpin pelampau itu menanti hukuman mati sejak lebih sedekad lalu selepas menyebabka­n 13 orang terbunuh dan mencederak­an sekurang-kurangnya 5,800 yang lain.

Sesetengah daripada mangsa cedera itu dilaporkan menanggung derita sehingga pada hari ini.

Peristiwa pada 20 Mac 1995 itu mengejutka­n dunia dan mendorong tindakan tegas secara besarbesar­an.

Keluarga mangsa serangan itu menyuaraka­n rasa lega dengan keputusan mahkamah.

“Saya berasa memang tepat sekali dia dan pengikut dihukum bunuh,” kata Shizue Takahashi yang masih mengenang kema- tian suaminya - seorang pekerja di stesen kereta api bawah tanah - yang terkorban selepas mengeluark­an satu bungkusan sarin daripada kereta api.

“Ibu bapa suami saya sudah meninggal. Saya berasa mereka kesal tidak dapat mendengar perkhabara­n gembira ini mengenai hukuman mati diputuskan,”

Seorang jurucakap kerajaan mengesahka­n kematian Asahara namun tiada maklumat lanjut mengenai enam lagi pengikutny­a.

Walaupun kumpulan Aum yang kini dikenali sebagai Aleph menyingkir­kan Asahara pada 2000, ia tidak pernah diharamkan.

 ??  ?? Shoko Asahara
Shoko Asahara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia