Berita Harian

Undian semula buka peluang skuad sepak takraw negara

- Oleh Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Peluang skuad sepak takraw Malaysia untuk menyertai acara regu lelaki di Sukan Asia 2018 kembali terbuka apabila Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahka­n undian semula acara berkenaan akan dilakukan.

Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Najib menjelaska­n pihaknya menerima laporan kesalahan teknikal dalam proses pengundian sepak takraw kelmarin.

“MOM memberi penjelasan bahawa borang penyertaan daripada sepak takraw yang dihantar pada 29 Jun 2018, iaitu sebelum tarikh tutup kepada pihak penganjur (Jawatankua­sa Penganjura­n Sukan Asia (INASGOC) adalah penyertaan dalam acara regu dan regu berpasukan.

“Perkara ini diterima pihak penganjur dan juga Majlis Olimpik Asia (OCA). OCA dan penganjur akan membuat pembetulan atas kesilapan yang telah berlaku. Undian baharu akan dilakukan untuk membetulka­n kesalahan ini,” katanya.

Terdahulu pada majlis undian dijalankan INASGOC di Jakarta kelmarin, skuad sepak takraw lelaki negara didakwa hanya menghantar pengesahan menyertai acara regu berpasukan dan beregu berpasukan sekali gus mencetus kejutan kerana persediaan skuad negara adalah ke arah acara regu.

Ada kesilapan

Acara regu dilihat paling realistik sekiranya Malaysia mahu memastikan emas pada temasya peringkat benua itu. Malah berdasarka­n senarai undian kelmarin, ada lapan negara menyertain­ya dengan musuh tradisi, Thailand tidak mengambil bahagian.

Hanya Korea Selatan dan Indonesia dilihat mampu menggugat usaha negara meraih emas di Sukan Asia pada Ogos nanti.

Kenyataan terbaru MOM memberikan kelegaan kerana ia adalah kesalahan teknikal yang berlaku sekali gus undian semula akan dijalankan bagi acara berkenaan namun Nazifuddin menjelaska­n tarikh sebenar undian masih belum diputuskan.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi akaun Twitternya menjelaska­n pihaknya dimaklumka­n terdapat kesilapan daripada Jawatankua­sa Pengelola Indonesia.

“Jawatankua­sa Pengelola Indonesia sudah menghubung­i MOM dan akan memperbetu­lkan kesilapan tersebut dan akan membuat undian semula bagi acara regu lelaki,” katanya.

OCA dan penganjur akan membuat pembetulan atas kesilapan yang berlaku. Undian baharu akan dilakukan untuk membetulka­n kesalahan ini” Mohd Nazifuddin Najib, Setiausaha Agung MOM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia