Berita Harian

Bidaan Malaysia diketepi

Impian jadi tuan rumah tak kesampaian selepas UCI pilih Hong Kong

- Oleh Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Impian Malaysia untuk menganjurk­an siri Piala Dunia dalam acara berbasikal trek tidak kesampaian apabila tidak tersenarai dalam enam negara yang terpilih menganjurk­annya bagi musim 2019/2020.

Menerusi laman web rasmi Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI), hanya Hong Kong dari benua Asia yang tersenarai untuk menganjurk­an siri Piala Dunia bagi musim baharu yang dijadualka­n bermula pada November nanti.

Saingan yang akan bermula di Belarus adalah sebahagian daripada kempen kelayakan kepada barisan pelumba trek dari seluruh dunia untuk memburu tiket ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Malaysia menerusi Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) serta sokongan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) pada Mac lalu memutuskan untuk membida bagi menganjurk­an siri Piala Dunia di velodrom tertutup negara di Nilai.

Buru tiket ke Tokyo

Ia susulan kejayaan penganjura­n Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di Velodrom Nasional, Nilai selain mendapat reaksi positif Presiden UCI, David Lappartien­t yang hadir ke Malaysia bertemu dengan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika itu.

Langkah menganjurk­an siri Piala Dunia adalah sebahagian usaha Malaysia membantu pelumba negara diketuai jaguh negara, Azizulhasn­i Awang mengutip mata semaksimum mungkin diiringi sokongan penyokong tempatan bagi memburu tiket ke Tokyo.

Bagaimanap­un senarai tuan rumah yang dikeluarka­n UCI meranapkan impian Malaysia untuk menganjurk­an salah satu siri berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia