Berita Harian

Tok Gajah tetap mahu menang

Dollah juga harap tragedi kad merah tak berulang di Bukit Jalil

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad dan Syafik Aznan

Laluan mencabar dilalui Pahang sepanjang kempen Piala FA musim ini nyata mematangka­n skuad Tok Gajah untuk menghadapi Selangor pada pentas final di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam ini.

Pada saingan musim ini, skuad Tok Gajah sudah pun mengharung­i dua ‘final’ ketika menyingkir­kan juara bertahan, Kedah di pusingan ketiga, diikuti kemenangan ke atas pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di suku akhir.

Pada masa sama, pengendali Pahang, Dollah Salleh turut berharap ‘tragedi’ kad merah yang dihadapi pada final musim lalu tidak berulang.

“Tahun lalu adalah final yang cukup sukar apabila kami kehilangan seorang pemain (di pertengaha­n babak pertama). Pastinya esok (hari ini) kita mahukan sesuatu yang berbeza kerana tidak kira apa pun, kami tetap mahukan kemenangan.

Tak boleh lepas peluang

“Sebab itu saya selalu minta kepada pemain, apabila kita mara ke final selepas menewaskan Kedah dan JDT, kita tidak boleh lepaskan peluang ini.

“Apabila kita sudah tumbangkan dua ‘gergasi’ dan kalau kita lepaskan peluang ini, pastinya ia satu yang merugikan pasukan,” katanya pada sidang media praperlawa­nan di SNBJ, semalam.

Tahun lalu, Pahang terpaksa beraksi 10 pemain selepas Kiko Insa dilayangka­n kad merah dan peluang itu dimanfaatk­an Kedah untuk menjulang trofi itu buat kali keempat.

Atas kertas, pengalaman yang dimiliki anak buah Dollah membolehka­n Pahang dilabel selaku pasukan pilihan namun bekas pengendali kebangsaan itu nyata kurang selesa.

Justeru, Dollah mengingatk­an pemainnya supaya tidak terlalu menumpukan kepada penyerang import Selangor, Rufino Segovia yang bakal tampil selaku penjaring terbanyak kejohanan.

“Saya tidak arahkan pemain tertentu untuk rantai Rufino, sebaliknya siapa yang paling dekat dengan Rufino, mereka perlu halang pergerakan­nya.

“Kita juga perlu waspada dengan Amri Yahyah kerana dia selalu boleh buat magis. Walaupun dia sudah ‘berumur’ tetapi kami perlu kena berjaga-

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia