Berita Harian

Amri harap tuah final berterusan

-

Kuala Lumpur: Final Piala FA sukar dipisahkan dengan pemain senior Selangor, Amri Yahyah apabila pemain veteran itu bakal melakukan penampilan kelima di pentas berprestij itu, malam ini.

Dia beraksi dalam tiga perlawanan akhir Piala FA bersama The Red Giants pada 2001, 2005 dan 2009 serta membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul trofi itu pada 2016 dengan pentas akhir bertemu Pahang bakal menjadi final pertamanya selepas kembali menyertai Selangor tahun lalu.

Sama ada boleh dianggap tuah atau tidak, Amri yang lebih mesra disapa Wak Am memenangi semua perlawanan akhir Piala FA yang disertainy­a sekali gus berpeluang untuk menjulang trofi berprestij itu buat kali kelima di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Di sebalik pencapaian menakjubka­n itu, penyerang berusia 37 tahun berkenaan mengakui dia bukanlah ‘bintang’ yang perlu diberi fokus oleh barisan pertahanan skuad Tok Gajah pada aksi penentuan terbabit.

Tak letak sasaran peribadi

“Saya bukanlah tumpuan yang perlu diberi perhatian kerana pada saya, tumpuan terarah kepada kelibat pemain muda.

“Dalam pasukan Selangor, semua pemain boleh bermain dan menyerang. Saya cuma memberi sokongan dan mereka inilah yang seharusnya diberikan tumpuan,” katanya pada sidang media praperlawa­nan final Piala FA di SNBJ, semalam.

Pada masa sama, bekas penyerang JDT itu juga enggan terlalu mengejar pencapaian peribadi sehingga mengetepik­an perkara utama yang perlu dilakukann­ya.

“Secara spesifikny­a, saya tidak mempunyai sasaran peribadi kerana apa yang penting adalah kemenangan pasukan.

“Berdasarka­n kenangan manis apabila pernah merangkul trofi di stadium ini, sudah tentu ia akan menjadi motivasi bukan sahaja kepada saya malah buat pemain lain dalam pasukan juga,” katanya.

 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Amri bersama kapten Davies (kanan). Pahang, Matthew
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Amri bersama kapten Davies (kanan). Pahang, Matthew

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia