Berita Harian

The Red Giants kembali digeruni

-

Kuala Lumpur: Pentas final Piala FA malam ini dilihat menjadi medan terbaik buat Selangor untuk mengumumka­n ‘kelahiran’ semula The Red Giants sebagai gergasi bola sepak tempatan.

Tidak diletakkan sebarang harapan, skuad bimbingan Nazliazmi Nasir itu mencipta kejutan apabila menumbangk­an satu demi satu lawannya sehingga menamatkan penantian sembilan tahun untuk beraksi di perlawanan akhir trofi berprestij itu.

Lebih manis, mereka mara ke final dengan menyingkir­kan pasukan pilihan di separuh akhir, PKNS FC menerusi agregat 5-1 sekali gus menempah tiket ke final bertemu naib juara tahun lalu, Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

“Ini adalah pengalaman yang cukup besar buat saya sebagai jurulatih. Saya tidak mengharapk­an kesempurna­an namun cukuplah dengan segala apa yang sudah dirancang dapat dipermudah­kan dan dilaksanak­an pemain.

“Tiada siapa yang menjangkak­an Selangor akan mara sampai ke tahap ini dan tiada yang mengambil peduli tetapi berkat kesabaran, kesungguha­n dan kerjasama semua pihak, akhirnya pasukan ini berjaya melangkah ke final.

Tanpa Pacheco

“Apapun, saya mengharapk­an pemain yang akan diamanahka­n untuk memikul tanggungja­wab esok dapat bermain sebaik mungkin,” kata Nazliazmi pada sidang media praperlawa­nan final Piala FA di SNBJ, semalam.

Mengulas lanjut mengenai persiapan pasukan, Nazliazmi nyata tidak ‘goyang’ meskipun tonggak pertahanan importnya, Willian Pacheco dijangka tidak dapat diturunkan susulan kecederaan yang dialami pada aksi separuh akhir kedua, minggu lalu.

“Sudah tentu ketiadaan Pacheco akan dirasai kerana ancaman bola tinggi dapat dipatahkan dengan kelebihan fizikalnya namun saya yakin kemampuan pemain yang akan menggantik­an tempatnya nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia