Berita Harian

Mercedes lebih kuat: Hamilton

Kesilapan lalu jadikan pengalaman untuk pasukan bersatu capai kemajuan

-

Kesilapan strategi dan masalah teknikal hanya menjadikan Mercedes lebih kuat sebagai sebuah pasukan, kata juara dunia Formula Satu, Lewis Hamilton, semalam.

Juara Dunia Britain itu yang menjuarai Grand Prix di laman sendiri sejak empat tahun lalu menjadi pilihan merampas kembali pendahulu keseluruha­n minggu ini selepas tewas kepada pelumba dari Ferrari, Sebastian Vettal di Austria, Ahad lalu.

Kedua-dua juara dunia sebanyak empat kali ini, Vettel dan Hamilton hanya dipisahkan 1 mata dengan 12 lagi baki perlumbaan.

Hamilton tersingkir awal kali pertama sejak 2016 di Sipelberg sekali gus mengakhiri rekod 33 perlumbaan berturut-turut dengan kutipan mata.

Sebelum diketepika­n gara-gara masalah tekanan bahan api, kedudukann­ya turun daripada tempat pertama kepada keempat apabila Mercedes gagal membawanya segera ke hentian pit selepas kereta keselamata­n digunakan.

Rapat hubungan

“Semangat berpasukan adalah lebih kuat daripada apa yang pernah berlaku,” kata Hamilton kepada wartawan.

“Kami sudah mempunyai pengalaman ini dan kini kami mengendali­kannya dan ia menyatukan kami.”

“Ada tenaga yang hebat dalam pasukan. Memang ia pengalaman yang menyakitka­n, tetapi merapatkan hubungan kami.”

Hamilton berkata, pasukan membuat beberapa ‘pembetulan’ segera selepas perlumbaan, apabila rakan sepasukan Valtteri Bottas menghadapi masalah hidraulik.

Pemandu tidak dijangka menanggung sebarang penalti di grid perlumbaan Ahad ini di Silverston­e akibat masalah teknikal di Austria.

“Pasukan ini hebat dan saya yakin kami sudah melakukan segala-galanya untuk memastikan ia tidak berlaku lagi,” kata Hamilton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia