Berita Harian

Giliran Muguruza, Cilic pulang awal

-

London: Juara bertahan, Garbine Muguruza tersingkir daripada cabaran Wimbledon di tangan pemain kurang ternama dari Belgium, Alison van Uytvanck sekali gus menyaksika­n hanya satu daripada enam pemain pilihan tinggal selepas dua pusingan.

Pemain ranking ke-47 dari Belgium, Alison mencatat kemenangan 5-7, 6-2, 6-1 untuk kejayaan pertama dirinya terhadap lawan yang berada di kedudukan 10 terbaik.

Kekalahan Garbine menyaksika­n hanya pilihan utama, Simona Halep, pemain ranking ketujuh, Karolina Pliskova dan pilihan ke-10, Madison Keys sebagai pesaing utama selepas dua pusingan.

Dalam kategori lelaki pula, pilihan ketiga dan naib juara tahun lalu, Marin Cilic ditunjukka­n jalan keluar oleh pemain Argentina, Guido Pella.

Perlawanan membabitka­n pilihan keempat, Alexander Zverev dan Taylor Fritz dari Amerika Syarikat pula ditunda akibat hujan lebat ketika Zverev ketinggala­n satu set kepada lawannya itu.

“Saya tahu jika saya membiarkan­nya beraksi seperti biasa, saya akan kalah jadi Saya perlu meneruskan­nya,” kata pemain berusia 24 tahun, Alison yang mara ke pusingan ketiga buat kali pertama.

Bermain bermati-matian

“Saya mungkin nampak tenang tetapi saya sebenarnya bermain bermati-matian.”

Garbine pula mengakui perlawanan itu bukan hari terbaiknya.

“Dia bermain dengan baik, mengambil risiko dan saya cuba memberikan tentangan tetapi tahap saya tidak menjadi seperti saya mahukan,” katanya.

Djokovic, juara tiga kali, memerlukan rawatan pada lutut kirinya di Court Two tetapi masih terlalu sukar buat pemain Argentina, Horacio Zeballos dan dia menang 6-1, 6-2, 6-3.

Djokovic kini mara ke pusingan ketiga 10 tahun berturut-turut dan akan bertemu pilihan ke-21 British, Kyle Edmund.

Cilic mendahului dua perlawanan dengan 3-6, 1-6, 6-4, 7-6 (7/3), 7-5 tetapi terpaksa akur dengan pemain Argentina yang berada di ranking ke-82, Guido Pella.

Tetapi kekalahann­ya adalah berita baik untuk juara bertahan, Roger Federer yang dijadual bertemu Cilic pada separuh akhir.

 ?? [FOTO REUTERS] ?? kecewa selepas tersingkir daripada
[FOTO REUTERS] kecewa selepas tersingkir daripada
 ?? [FOTO EPA] ?? Muguruza dan Cilic (kanan) cabaran Wimbledon.
[FOTO EPA] Muguruza dan Cilic (kanan) cabaran Wimbledon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia