Berita Harian

Juara F1 ramal England mara

Jika sempat mahu terbang ke Russia untuk sokong England

-

Juara dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton menjangkak­an England akan mara ke perlawanan akhir Piala Dunia Russia dan bercadang untuk berkunjung ke negara berkenaan jika berkesempa­tan.

England menempah slot ke suku akhirhari ini menentang Sweden selepas menumpaska­n Colombia menerusi penentuan penalti.

Hamilton juga bergurau dia mungkin akan dikenakan penalti jika menonton perlawanan itu sebelum memburu kejuaraan kelima di laman sendiri di Grand Prix (GP) Britain , esok.

“Apakah penalti yang akan dikenakan jika tidak menyertai sidang akhbar hari ini?. Kita boleh berbincang mengenai perkara ini. Saya mahu menyaksika­n perlawanan itu.

“Jika tidak saya akan melihat aksi itu melalui telefon pintar saya, apa pun saya harus menonton perlawanan berkenaan,” kata pemandu Mercedes itu dalam sidang media kelmarin.

Sebaik saja pusingan kelayakan berakhir, aksi England akan berlangsun­g di Samara namun tiga pelumba terpantas harus hadir ke sidang akhbar kecuali jika Hamilton bukan di antara tiga individu berkenaan.

Sudah susun jadual

Penalti akan dikenakan terhadap pelumba yang tidak hadir ke sidang media dan Hamilton bakal dikenakan tindakan mengadap pegawai perlumbaan jika tidak menghadirk­an diri.

Ia juga akan menghalang­nya untuk menonton perlawanan berkenaan.

England hanya sekali pernah mara ke perlawanan akhir iaitu ketika mereka muncul juara di laman sendiri pada 1966 dan mereka dilihat memperoleh laluan mudah untuk edisi kali ini.

“Saya sudah menyusun jadual tanpa melakukan sebarang aktiviti Ahad minggu depan. Saya mahu bebas dari sebarang aktiviti kerana mahu berada di Russia pada hari berkenaan untuk memberi sokongan kepada mereka,” kata Hamilton.

Perlumbaan di sini adalah yang terakhir daripada tiga perlumbaan berturut-turut selepas ia disusun untuk mengelak dari bertembung dengan perlawanan akhir Piala Dunia.

Hamilton, yang sekarang ini kurang satu mata di belakang pemandu Ferrari, Sebastian Vettel, sentiasa mendomiasi perlumbaan di sini, sejak beberapa tahun kebelakang­an ini dan sokongan padu penonton berjaya membantuny­a muncul juara empat kali berturut-turut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia