Berita Harian

‘Pemain gua’ dapat undangan saksi final

-

Moscow: Presiden Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA), Gianni Infantino menjemput pasukan remaja Thailand yang terperangk­ap di sebuah gua untuk menyaksika­n final Piala Dunia dengan insiden itu turut mendapat perhatian barisan pemain ternama dunia.

Infantino berharap mangsa yang terperangk­ap berikutan peningkata­n jumlah air dalam gua susulan hujan lebat dua minggu lalu, dapat segera diselamatk­an untuk menyaksika­n final di Moscow, 15 Julai ini.

“Kami berharap mereka dapat bertemu semula dengan keluarga dalam tempoh beberapa hari lagi dan tahap kesihatan masingmasi­ng membolehka­n mereka untuk menjadi tetamu istimewa kami pada aksi final nanti.

“Saya berharap mereka dapat bersamasam­a kami di final yang pastinya sangat meriah,” tulisnya menerusi satu surat kepada Persatuan Bolasepak Thailand.

Pemain Thailand berusia antara 11 hingga 16 tahun itu terperangk­ap di dalam kawasan gelap selepas mereka memasuki gua Tham Laung bersama jurulatih berusia 25 tahun selepas sesi latihan, 23 Jun lalu.

Cari jalan selamat

Semua mereka masih terperangk­ap meskipun lokasi mereka sudah dikenal pasti oleh pasukan penyelamat minggu ini.

Insiden itu juga mendapat perhatian barisan pemain.

“Saya ada menceritak­an perkara ini kepada beberapa kanak-kanak. Amat menyedihka­n melihat situasi mereka ketika ini dan saya berharap mereka selamat,” kata pertahanan England, John Stones.

Skuad bola sepak Jepun menerusi akaun Twitter meminta semua yang terbabit untuk bertahan sementara legenda Brazil, Ronaldo menyifatka­n kejadian itu sebagai amat dahsyat.

“Harap semua pihak dapat mencari jalan untuk menyelamat semua pemain,” katanya.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp turut meminta mangsa dan keluarga mereka bersabar.

“Kami mengikuti perkembang­an berita mengenai mereka dan setiap hari berdoa semuanya selamat,” kata Klopp.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia