Berita Harian

Pemain City, PSG warnai pentas

-

Samara: Dengan ramai pemain Manchester City masih lagi bersaing di peringkat suku akhir Piala Dunia, pengaruh anak buah kepada jurulatih pasukan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Pep Guardiola kini semakin dirasai di seluruh dunia.

Daripada lapan pasukan yang bakal berentap di peringkat berkenaan, majoriti pemain yang membantu City menang gelaran juara liga dengan kelebihan 19 mata, kini masih lagi bersaing merebut anugerah paling berprestij - gelaran juara Piala Dunia.

Antaranya adalah ketua pasukan, Vincent Kompany dan pemain tengah, Kevin de Bruyne mewakili Belgium yang bakal berdepan rakan sepasukan mewakili Brazil, iaitu Gabriel Jesus, Danilo dan Fernandinh­o.

Pemain lain adalah Kyle Walker, Fabian Delph, Raheem Sterling dan John Stones yang menjadi sandaran Gareth Southgate memperkuat­kan pasukan England menentang Sweden.

Sane tak dipilih

Dalam pada itu, Paris St Germain selaku juara Liga Perancis dan Barcelona (Sepanyol) pula masih diwakili oleh enam pemain utama di kancah saingan suku akhir Piala Dunia.

Sebaliknya, juara Bundesliga, Bayern Munich pula tidak mempunyai sebarang pemain yang bermain di peringkat berkenaan selepas pasukan Jerman tersingkir awal.

Jerman mungkin mengalami nasib lebih baik jika penyerang City, Leroy Sane disenaraik­an dalam skuad mereka.

Walaupun menjaringk­an 10 gol dan membantu rakan sepasukan mencetak 15 gol untuk membantu skuad Guardiola musim lalu, jurulatih Jerman, Joachim Loew membuat keputusan mengenepik­an Sane.

Pasukan Jerman hanya menjaringk­an dua gol ketika mereka bermain di peringkat saingan kumpulan, sehingga menyebabka­n ramai pengulas sukan mempersoal­kan kenapa Sane tidak dipilih.

 ??  ?? Vincent Kompany (kiri) dan Kevin De Bruyne pemain Belgium yang mewakili Manchester City di Liga Perdana Inggeris.
Vincent Kompany (kiri) dan Kevin De Bruyne pemain Belgium yang mewakili Manchester City di Liga Perdana Inggeris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia