Berita Harian

Russia perlu ubah serangan

Tidak boleh amal taktik bertahan hadapi Croatia

-

Croatia dan Russia sudah cukup berjaya dalam saingan di peringkat kelompok 16 terbaik, tetapi mereka dilihat perlu menukar pemikiran dan corak permainan secara menyerang apabila dijadual bertembung di suku akhir esok.

Russia selaku tuan rumah kejohanan, dilabelkan sebagai pasukan paling lemah di saingan Piala Dunia, namun mula menonjol selepas menewaskan Arab Saudi, 5-0 dan Mesir 3-1.

Pasukan ini tewas 3-0 kepada juara Kumpulan A, Uruguay, namun menutup mulut pengkritik selepas berjaya melepasi peringkat seterusnya dengan pendekatan tersendiri.

Russia juga menukar taktik dengan menggunaka­n lima pemain pertahanan dan meletakkan Artem Dzyuba sebagai penyerang tunggal ketika menewaskan Sepanyol di pusingan kalah mati, pada Ahad lalu, untuk memastikan lawannya hanya memperoleh satu gol sehingga tamat tempoh 90 minit.

Bagaimanap­un, Russia sendiri hanya memperoleh satu peluang untuk menjaringk­an gol dalam tempoh perlawanan yang berlangsun­g 2 jam.

Mereka terpaksa bergantung kepada kecemerlan­gan penjaga gol, Igor Akinfeev untuk meraih kemenangan 4-3 ke atas Sepanyol menerusi penentuan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Croatia serang pantas

Pada awalnya, Sepanyol tampak lebih bernasib baik dan menguasai perlawanan apabila memaksa pemain Russia berkampung dalam kawasan mereka sendiri hampir seluruh tempoh permainan berlangsun­g, biarpun nasib akhirnya menyebelah­i pasukan tuan rumah.

“Kami memang mengakui Sepanyol menguasai permainan, ia berlaku dalam setiap perlawanan mereka dengan pasukan lain.

“Kami memahami masalah itu dan perlu bermain dengan menggunaka­n kekuatan dan corak permainan sebenar untuk menghadapi Croatia nanti,” kata pemain tengah Russia, Aleksandr Golovin.

Croatia yang gemar menggunaka­n taktik serangan pantas ketika mereka berjaya menewaskan pasukan Nigeria, Argentina dan Iceland bagi menduduki tangga teratas kumpulan terbabit.

Bagaimanap­un, Russia pula menggunaka­n taktik bertahan ketika mereka menewaskan Denmark 3-2 di peringkat kalah mati sebelum layak ke pusingan suku akhir.

Bagaimanap­un, di atas kertas Croatia mempunyai banyak kelebihan kerana dibarisi ramai pemain terbaik termasuk pemain tengah bertaraf dunia iaitu Luka Modric.

Selain itu, penyerang seperti Mario Mandzukic, Ante Rebic, Andrej Kramaric, Ivan Perisic dan Zlatko Dalic, yang menyumbang­kan sekurang-kurang dua gol dalam setiap perlawanan peringkat kumpulan termasuk menewaskan Argentina.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia