Berita Harian

Dzagoev sedia beraksi perkukuh skuad

-

Sochi (Russia): Russia menerima berita gembira menjelang pertembung­an dengan Croatia pada aksi suku akhir Piala Dunia apabila tonggak utamanya, Alan Dzagoev kembali berlatih selepas pulih daripada kecederaan.

Pemain tengah berusia 28 tahun itu tidak beraksi bersama skuad kendalian Stanislav Cherchesov sejak mengalami kecederaan hamstring selepas 24 minit perlawanan berlangsun­g ketika mereka menewaskan Arab Saudi 5-0 pada perlawanan pembukaan.

Pada perlawanan itu, pemain gantiannya, Denis Cheryshev menjaringk­an dua gol.

Dzagoev tidak diturunkan sebagai pemain gantian ketika pasukan tuan rumah mengalahka­n Sepanyol menerusi penentuan sepakan penalti pada pusingan kedua dan tidak berlatih pada Rabu lalu akibat masalah otot belakang.

Sudah sedia beraksi

Bagaimanap­un dia yang ditemui pemberita mengakui sudah bersedia untuk beraksi dalam kesebelasa­n utama andai diberi kepercayaa­n Cherchesov.

“Ia kecederaan lama di bahagian belakang, saya sudah berlatih semula hari ini. Saya sudah bersedia untuk beraksi.

“Kami mengharung­i kempen Piala Dunia yang hebat di Russia dan pasukan yang sudah tersingkir memang layak tersingkir,” kata Dzagoev.

Dzagoev yang menjaringk­an tiga gol dalam 21 aksi liga untuk CSKA Moscow pada musim 2017-18, berkata, Cherchesov masih belum mendedahka­n perancanga­nnya kepada pemain Russia bagi menghadapi perlawanan suku akhir.

“Saya fikir Croatia kecewa kerana mereka akan bermain menentang kami kerana kami pasukan tuan rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia