Berita Harian

Croatia sedia sekat langkah tuan rumah

-

Sochi (Russia): Croatia kini mengintai slot ke separuh akhir Piala Dunia sejak kali pertama pada 1998 ketika mereka membuat penampilan pertama sebagai negara merdeka di kejohanan bola sepak paling berprestij itu.

Adalah tidak wajar untuk membuat telahan awal dengan kejohanan kali ini penuh dengan elemen kejutan namun adakah skuad Croatia yang akan berdepan pasukan tuan rumah di peringkat lapan pasukan terakhir boleh mengatasi pencapaian dua dekad lalu?

Skuad kendalian Zlatko Dalic ini mempamerka­n permainan cukup komprehens­if ketika mengalahka­n Argentina di peringkat kumpulan sekali gus membuktika­n mereka tidak gentar berdepan pasukan yang memiliki nama besar.

England mungkin perlu berhati-hati kerana dua negara ini mungkin akan bertemu di separuh akhir.

Bagaimanap­un, ketika Croatia memerlukan sepakan penalti untuk menewaskan Denmark pada pusingan sebelum ini, Sochi dapat merasakan keyakinan tinggi anak buahnya.

Subasic wira

“Kami sudah membuktika­n dalam kempen Piala Dunia ini bahawa kami boleh meraih kejayaan lebih besar. Kami beraksi sangat baik dan kami mempunyai pemain yang mempunyai keyakinan untuk melangkah jauh,” kata pemain pertahanan, Domagoj Vida.

Mana-mana pasukan yang memiliki pemain berkualiti seperti Luka Modric pasti boleh mengimpika­n kejayaan besar apatah lagi dia dibantu oleh Ivan Rakitic dan Mario Mandzukic.

“Dia adalah kapten kami, pemimpin kami, kami semua berdiri di belakangny­a,” kata pemain sayap Inter Milan, Ivan Perisic mengenai Modric.

Pemain Real Madrid itu dianggap antara pemain tengah terbaik kejohanan ini namun barisan pemain yang dimiliki oleh negara kecil ini adalah menakjubka­n.

 ?? [ FOTO EPA ] ?? Pemain Croatia menjalani latihan di Sochi, Croatia akan berdepan Russia dalam saingan suku akhir.
[ FOTO EPA ] Pemain Croatia menjalani latihan di Sochi, Croatia akan berdepan Russia dalam saingan suku akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia