Berita Harian

Peluang England tamat badi

Southgate minta pemain tak pandang rendah Sweden

-

Gareth Southgate menuntut skuad England memanfaatk­an peluang terbaik mereka di Piala Dunia bermula dengan aksi suku akhir menentang pasukan berpengala­man, Sweden.

Perlawanan di Samara adalah suku akhir pertama untuk England sejak 2006.

Kemenangan akan membolehka­n mereka bertemu Russia atau Croatia.

“Ia adalah peluang yang hebat dan secara individu pasukan kami lebih baik berbanding dua tahun lalu tetapi kami mungkin tidak akan mempunyai peluang seperti ini lagi,” katanya.

England menewaskan Colombia menerusi penalti di pusingan kedua untuk melakar kemenangan pertama peringkat kalah mati di kejohanan utama sejak 2006 selain kemenangan kedua penentuan sepakan penalti selepas lapan kali.

Kemenangan mengatasi Sweden akan membolehka­n England mara ke separuh akhir buat kali pertama sejak 1990.

Bagaimanap­un, Sweden mempamerka­n persembaha­n memberangs­angkan sejak 12 bulan lalu dengan mengatasi Belanda dalam aksi kelayakan, menyingkir­kan Itali dalam aksi play-off serta menamatkan saingan peringkat kumpulan di Russia mengatasi juara bertahan, Jerman.

Rekod baik Sweden

“Kami menghormat­i Sweden. Mereka sebuah pasukan yang dipandang rendah sebelum ini. Kami tidak akan melakukan kesilapan itu,” tambahnya.

“Latar belakang pemain kami sama seperti mereka. Kami tidak boleh terbawa-bawa dengan mengatakan lebih baik berbanding lawan. Mereka lebih berusia, berpengala­man dan rekod lebih baik berbanding kami.”

England hanya sekali menewaskan Sweden dalam 15 pertemuan termasuk seri Piala Dunia 2002 dan 2006.

Pertemuan terakhir adalah aksi persahabat­an pada November 2012 dengan Zlatan Ibrahimovi­c meledak empat gol menewaskan England 4-2 di Stockholm.

 ??  ??
 ??  ?? Pemain Sweden menjalani latihan menjelang pertemuan dengan England.
Pemain Sweden menjalani latihan menjelang pertemuan dengan England.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia