Berita Harian

Trippier senjata ampuh Three Lions

-

Repino: Apabila Gareth Southgate mengumumka­n senarai pemain skuad Piala Dunia England, ramai pemerhati tertanyata­nya bagaimana pasukan itu boleh beraksi tanpa pemain tengah kreatif yang tulen.

Siapa yang akan mencipta peluang kepada barisan penyerang berbakat khususnya Harry Kane?

Bagaimanap­un sudah ada jawapan ditemui di Russia dan salah seorang daripadany­a adalah pemain pertahanan kanan, Kieran Trippier.

Pemain sayap Spurs itu bukan saja tonggak utama kepada England, malah kini salah seorang pemain yang menyerlah di kejohanan ini.

Berdasarka­n statistik daripada Opta, tiga pencipta peluang terbaik di kejohanan ini adalah bintang Brazil, Neymar, Kevin De Bruyne (Belgium) dan Trippier.

“Seseorang memberitah­u kepada saya mengenai perkara itu, boleh tahan juga pemain dari Bury!” kata Trippier secara berseloroh apabila merujuk kepada kampungnya berdekatan Manchester.

“Formasi England memang sesuai dengan saya. Saya boleh bergerak ke depan dan cuba untuk melakukan hantaran lintang serta membantu pasukan ketika bertahan. Jika saya berjaya membantu mereka, saya sangat gembira,” katanya.

Formasi sesuai

Trippier lebih dikenali sebagai pemain pertahanan yang sukar menyerang sejak bersama skuad remaja Manchester City, kemudian dengan skuad Burnley kendalian Sean Dyche sebelum dipancing Mauricio Pochettino di Tottenham.

Namun dengan sistem diterapkan Southgate menerusi tiga pemain pertahanan tengah termasuk di posisi kanan Kyle Walker yang boleh melindungi bahagian itu, Trippier boleh bergerak jauh ke depan untuk memainkan peranan sebagai pemain sayap kanan.

 ??  ??
 ??  ?? Kieran Trippier
Kieran Trippier

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia