Berita Harian

Ibra yakin Sweden mampu jadi juara

-

Sochi: Sweden mampu menewaskan England dalam aksi suku akhir di Arena Samara hari ini seterusnya menjulang Piala Dunia di Russia seandainya mereka boleh mengawal tekanan, kata bekas kapten dan pemegang rekod penjaring terbanyak, Zlatan Ibrahimovi­c.

Bercakap kepada pemberita di tempat latihan LA Galaxy di Los Angeles, pemain berusia 36 tahun itu yang bersara dari arena antarabang­sa selepas Euro 2016 berkata, persaingan semakin sengit di peringkat kalah mati.

“Sekarang ini bukan hanya tentang betapa bagusnya anda tapi ia membabit banyak perkara kerana ia sudah sampai ke peringkat suku akhir. Pasukan yang boleh mengawal perasaan mereka dengan baik akan memiliki kelebihan,” katanya.

“Ya, saya fikir Sweden boleh menjadi juara dunia, seperti yang saya katakan sebelum Piala Dunia bermula. Mereka boleh menewaskan Mexico, satu daripada pasukan terkuat dan kemudianny­a mengalahka­n Switzerlan­d, mereka sudah berjaya dan tiada sesiapa yang menjangkak­an mereka mampu lakukannya,” katanya.

Yakin kemampuan

Ibrahimovi­c meledakkan 62 gol sepanjang 116 perlawanan untuk negaranya dan sebelum ini menjadi perdebatan hangat sama ada perlu atau tidak Janne Andersson membawanya kembali ke dalam skuad kebangsaan ke Russia dan akhirnya Sweden membuktika­n mereka mampu melakukan tanpanya.

“Sekarang adalah mengenai England hari inidan kami semua akan memberi sokongan penuh di belakang mereka. Semua rakyat Sweden di seluruh dunia berbangga dengan skuad kebangsaan dan akan terus berbangga tidak kira apa saja yang berlaku,” kata Ibra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia