Berita Harian

Maradona minta maaf

Dakwa pengadil warga AS, Mark Geiger cenderung bantu England

-

Legenda Argentina, Diego Maradona memohon maaf kepada Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) susulan kenyataann­ya mendakwa England melakukan ‘rompakan secara senyap’ apabila menewaskan Colombia di pusingan kedua.

Maradona mendakwa pengadil, Mark Geiger cenderung kepada England.

FIFA menegaskan kenyataann­ya adalah sangat tidak sesuai dan sesuatu yang tidak berasas tentang pengadil.

“Saya mengeluark­an beberapa kenyataan dan saya akui sesetengah­nya sukar diterima,” kata Maradona menerusi media sosial.

Maradona mengeluark­an mesej berkenaan bersama gambar dirinya bersama Presiden FIFA, Gianni Infantino serta memohon maaf kepada badan bola sepak dunia itu.

“Saya amat menghargai usaha, bukan mudah, yang dilakukan institusi dan pengadil,” katanya.

Sebelum ini, Maradona, 57, merasakan Geiger tidak seharusnya menghadiah­kan penalti susulan kekasaran pemain Colombia, Carlos Sanchez ke atas Harry Kane sekali gus membuka peluang kepada kapten England itu menjaringk­an gol.

“Jika anda ‘google’, individu yang membuat keputusan (pengadil) tidak seharusnya diberikan tangungjaw­ab pada perlawanan ini...geiger, seorang rakyat Amerika Syarikat (AS), sungguh kebetulan,” kata Maradona menerusi rancangann­ya untuk Piala dunia yang disiarkan menerusi penyiar berpangkal­an di Venezuela.

Berat sebelah

Maradona dirakam memakai jersi Colombia sebelum perlawanan dan imej televisyen menunjukka­n beliau meraikan jaringan penyamaan Yerry Mina.

Kapten Colombia, Radamel Falcao turut mendakwa Geiger berat sebelah, menggelark­an ia sebagai ‘memalukan’.

Bekas pemain Chelsea dan Manchester United berkenaan adalah antara enam pemain yang dilayangka­n kad kuning oleh Geiger manakala dua pemain England turut dikenakan tindakan yang sama.

“Pengadil banyak mengganggu kami, peluang adalah terbuka 50-50, beliau selalu memihak kepada England,” kata Falcao.

“Beliau tidak bertindak adil kepada dua pasukan. Ada keraguan tentang sesuatu, beliau akan memihak England.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia