Berita Harian

‘curi’ 14 minit atas padang

-

Bintang Brazil, Neymar dikecam teruk gara-gara tindakan ‘lakonan’ melampauny­a pada kempen Piala Dunia.

Lebih buruk lagi, satu kajian yang dilakukan stesen televisyen di Switzerlan­d, RTS Sport mendapati, pemain kelab Paris Saint-germain itu terbaring selama 14 minit di atas padang sepanjang aksinya di Russia sekali gus mencetuska­n rasa bengang pemain lawan.

Pada perlawanan menentang Mexico pada 2 Julai lalu, dia terbaring keseluruha­n selama lima minit dan 29 saat dengan tempoh paling lama perlawanan dihentikan apabila pemain Mexico, Miguel Layun dikatakan memijak buku lali kanan Neymar.

Banyak masa terbuang

Ketika insiden berkenaan, Neymar terbaring untuk tempoh hampir dua minit berdasarka­n laporan RTS.

RTS juga melaporkan bahawa penyerang itu turut terbaring di dalam padang hampir dua minit ketika menentang Serbia dan tiga minit 40 saat ketika menentang Switzerlan­d.

Keseluruha­n masa ‘kecederaan’ yang dialami Neymar itu adalah 13 minit 50 saat sejak kejohanan bermula.

Sememangny­a pemain lawan gemar menggunaka­n fizikal untuk mengekang pergerakan Neymar namun ada yang melihat tindak balas pemain itu agak keterlalua­n.

Jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio menggelar Neymar sebagai ‘badut’ selepas Layun memijak kaki pemain itu dengan menyatakan: “Kami mengawal permainan tapi bagi saya ia memalukan apabila banyak masa terbuang angkara seorang pemain.”

 ??  ?? Neymar terbaring 14 minit di atas padang sepanjang aksinya di Russia mencetuska­n rasa bengang pemain lawan
Neymar terbaring 14 minit di atas padang sepanjang aksinya di Russia mencetuska­n rasa bengang pemain lawan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia