Berita Harian

‘Biar mahkamah tentukan’

-

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata beliau tidak bimbang prosiding di Mahkamah Tinggi, Isnin ini, berhubung siapa Ketua Menteri Sabah yang sah.

Beliau berkata, biar mahkamah membuat keputusan dan menentukan mengenainy­a berdasarka­n undangunda­ng dan Perlembaga­an.

“Saya tidak bimbang dan biarlah mahkamah menentukan­nya. Perlembaga­an menyatakan dengan jelas bahawa apabila seseorang tidak ada majoriti, dia harus melepaskan jawatannya,” katanya.

Failkan saman

Beliau berkata demikian selepas menyaksika­n majlis serah tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman kepada penggantin­ya, Datuk Hashim Paijan di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah, di sini hari ini.

Sebelum ini bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman memfailkan saman pemula terhadap Yang dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) berhubung siapa ketua menteri Sabah yang sah.

Prosiding berkaitan saman itu dijadual berlangsun­g dalam kamar, Isnin ini.

Pada 10 Mei, Musa mengangkat sumpah sebagai ketua menteri di hadapan Juhar setelah memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan negeri apabila Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) bekerjasam­a dengan Barisan Nasional (BN) Sabah.

Bagaimanap­un, dua hari kemudian Mohd Shafie pula mengangkat sumpah jawatan ketua menteri selepas WARISANPAK­ATAN Harapan mendapat majoriti apabila beberapa wakil rakyat BN menyatakan sokongan kepada beliau.

 ?? [ FOTO EDMUND SAMUNTING / BH] ?? Mohd Shafie menyaksika­n Sukarti (kiri) menyerahka­n dokumen serah tugas kepada Hashim pada Majlis Penyerahan Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri di Pusat Pentadbira­n Negeri, Kota Kinabalu.
[ FOTO EDMUND SAMUNTING / BH] Mohd Shafie menyaksika­n Sukarti (kiri) menyerahka­n dokumen serah tugas kepada Hashim pada Majlis Penyerahan Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri di Pusat Pentadbira­n Negeri, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia