Berita Harian

Sarawak mampu bekal tenaga untuk pusat data

Berupaya tingkat pendapatan, jana pertumbuha­n negeri

- Oleh Mohd Latif Ahmad cnews@nstp.com.my

Sarawak boleh menjadi penyedia utama bekalan tenaga bagi pusat data jika sumber tenaga yang dimiliki diurus dengan bijak.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata dengan keupayaan itu, penyedia tenaga akan dapat meningkatk­an pendapatan bagi menjana pertumbuha­n negeri pada masa depan.

“Jepun, Hong Kong dan Singapura menghadapi masalah bekalan tenaga untuk mereka menyediaka­n pusat data.

“Jika kita dapat menyediaka­n tenaga murah dan konsisten, kita dapat menyediaka­n pusat data di tempat sendiri dan apabila itu dilaksanak­an, pusat data tempatan akan menjadi sumber kekayaan yang dapat menggerakk­an ekonomi,” katanya pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Sarawak Energy di sini, petang kelmarin.

Turut hadir Menteri Utiliti, Datuk Seri Stephen Rundi Utom dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Sharbini Suhaili.

Abang Johari berkata, Sarawak menerusi syarikat utiliti tenaga, Sarawak Energy mempunyai kepakaran dalam cara mengoptimu­mkan sumber tenaga.

Kreativiti­danvisi

“Kita cuma memerlukan kreativiti dan visi mengenai perkara yang perlu dilakukan pada masa depan.

“Masa depan kita cerah selagi kita dapat mencuba teknologi baharu dan juga perniagaan baharu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Sarawak Energy, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi, berkata Sarawak Energy menerusi kerjasama dengan Kementeria­n Utiliti kini semakin hampir mencapai matlamat liputan bekalan elektrik 100 peratus menjelang tahun 2025.

“Setakat ini, kita sudah mencapai 95 peratus liputan bekalan elektrik untuk seluruh Sarawak,” katanya.

 ?? [ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN / BH ] ?? Abang Johari dan isteri, Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang diiringi Abdul Hamed (tiga dari kiri), Stephen (dua dari kiri) dan Sharbini (kanan) memotong pulut kuning sebagai simbolik Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Sarawak Energy di Kuching.
[ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN / BH ] Abang Johari dan isteri, Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang diiringi Abdul Hamed (tiga dari kiri), Stephen (dua dari kiri) dan Sharbini (kanan) memotong pulut kuning sebagai simbolik Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Sarawak Energy di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia