Berita Harian

Maritim Malaysia bantu kru kapal sakit

-

Kota Kinabalu: Seorang kru kapal yang mengalami masalah kesihatan terpaksa dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) dengan bantuan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), kelmarin.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Muda Maritim, Datuk Mohd Zubil Mat Som, berkata Pusat Operasi (PUSOP) menerima maklumat pada jam 11.36 pagi bahawa seorang kru kapal warga India yang berada di dalam kapal mengalami masalah kesihatan.

Tak boleh bangun

“Difahamkan, Rasheed Mohamed, 57, tidak dapat bangun dan berjalan menyebabka­n wakil kapal terpaksa menghubung­i Maritim Malaysia untuk mendapatka­n bantuan.

“Sebaik menerima laporan, bot Maritim Malaysia dikejar ke lokasi kapal bersama sepasukan anggota yang terletak 0.2 Batu Nautika dari Tanjung Lipat,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Mohd Zubil berkata, rawatan awal diberi kepada kru itu dengan bantuan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama seorang lagi wakil kapal.

Boleh dapat bantuan

“Pada jam 1.55 tengah hari, bot Maritim Malaysia yang membawa kru itu tiba di jeti Tamantaman Sabah (TTS) sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Mohd Zubil berkata, orang ramai diminta boleh mendapatka­n bantuan daripada Maritim Malaysia sekiranya berlaku kecemasan atau aduan di laut menerusi talian 24 jam di Pusat Operasi Maritim Sabah dan Labuan di talian 088270165 atau 999.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia