Berita Harian

Melancong sambil kutip sampah

Warga Belanda sampai mesej jaga alam sekitar

- Oleh Olivia Miwil

Melancong sambil mengutip sampah. Itu dilakukan lelaki warga Belanda yang mengembara ke beberapa negara termasuk Malaysia sambil memungut sampah demi menyampaik­an mesej kepada orang ramai agar tidak malu men jaga alam sekitar.

Tijmen Sissing, 27, barubaru ini viral di media sosial selepas gambarnya mengutip timbunan sampah bersama sekumpulan kanakkanak di Semporna, dikongsi secara meluas.

Publisiti meluas

Sebelum ini, beliau pernah melakukan aktiviti mengutip sampah di Kemboja, Vietnam, Myanmar dan Filipina, selain di Semenanjun­g Malaysia, namun cuma mendapat publisiti meluas di Lahad Datu, Semporna dan Tawau.

Susulan publisiti meluas aktivitiny­a di timur Sabah, beberapa orang tempatan menyertai kerja pembersiha­n itu dan menyediaka­n bantuan termasuk memberi beg sampah, makanan serta kenderaan untuk mengangkut sampah. Pelancong

Selain disertai sekumpulan kanakkanak di Semporna, aktiviti sama di Tawau, beliau dibantu 23 sukarelawa­n tempatan dan mengumpul timbunan sampah dalam 82 plastik besar dalam tempoh hanya tiga jam.

Tijmen berkata, beliau mula menyedari perlu menangani masalah alam sekitar yang kotor selepas menemui sejumlah besar sampah ketika melancong di Thailand, Laos dan Australia pada 2012.

“Ketika membersihk­an sesuatu tempat, ada orang tempatan memandang sinis kerana mengumpul sampah di tempat awam.

“Biarpun mereka ketawa, saya masih menyambut mereka dan bertanya ‘apa khabar’ dan memakai beg sampah ketika memungut bahan buangan yang membuatkan saya kelihatan lucu,” katanya.

 ?? IHSAN THE TRASHPACKE­R & IHSAN JARED ABDUL RAHMAN ?? Sissing bergambar bersama timbunan sampah dan sekumpulan kanak-kanak di Semporna.
IHSAN THE TRASHPACKE­R & IHSAN JARED ABDUL RAHMAN Sissing bergambar bersama timbunan sampah dan sekumpulan kanak-kanak di Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia