Berita Harian

Menara jam Pekan Tuaran bakal tinggal sejarah?

-

Tuaran: Menara jam berusia 51 tahun yang menjadi mercu tanda pekan ini, bakal hilang jika Majlis Daerah Tuaran (MDT) meneruskan hasrat merobohkan­nya untuk memberi laluan kepada pelaksanaa­n projek pembanguna­n landskap.

Walaupun sudah uzur kerana faktor usia, menara jam itu masih berfungsi dengan baik sebagai perakam waktu yang menjadi rujukan orang ramai sejak sekian lama.

Difahamkan, lokasi menara jam di Jalan Kent itu, bakal diambil alih untuk pembinaan bulatan besar, selain penambahba­ikan kemuda han ruang letak kenderaan bagi mengurangk­an kesesakan.

Tinjauan mendapati, kerja merobohkan menara jam itu sudah bermula sejak beberapa hari lalu, dengan kontraktor yang diberikan tugas melaksanak­an projek pembanguna­n landskap menanggalk­an beberapa bahagian menara secara berperingk­at.

Bagaimanap­un, tindakan merobohkan menara jam itu mengecewak­an beberapa pihak yang tidak bersetuju bahan bersejarah bagi Tuaran itu dimusnahka­n.

Peniaga, Raymond Su, 55, mengakui kecewa jika benar menara jam tertua di Tuaran itu dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembanguna­n landskap yang rancak dilaksanak­an ketika ini.

Sinonim dengan Tuaran

“Saya difahamkan MDT akan merobohkan menara jam itu yang dibina pada 1967 dan digantikan dengan pembinaan bulatan besar untuk mengurangk­an kesesakan lalu lintas.

“Saya tidak menolak pembanguna­n, namun saya kecewa jika bahan bersejarah itu menjadi mangsa kepada perubahan landskap pembanguna­n Tuaran,” katanya. Pekan Tuaran yang menjadi pusat perkembang­an utama ekonomi di daerah ini, berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, pula terkejut dengan hasrat MDT merobohkan menara jam itu berikutan ia wujud sejak lima dekad lalu dan begitu sinonim dengan daerah ini.

“Seharusnya khazanah sejarah yang ada perlu dinaik taraf dan dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang, bukan dimusnahka­n,” katanya mengulas mengenai perkara itu.

 ??  ?? Jahid Jahim
Jahid Jahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia