Berita Harian

Dalang skim cepat kaya babit RM1.3 juta ditahan

Disyaki perdaya 650 mangsa dari Labuan, Sabah dan Sarawak

- Oleh Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

Polis menahan dua lelaki termasuk pengasas pelaburan skim cepat kaya yang disyaki memperdaya­kan kira-kira 650 mangsa dari Labuan, Sabah dan Sarawak membabitka­n kerugian RM1.3 juta, sejak Februari lalu.

Skim itu dipercayai menawarkan pelaburan minimum RM1,800 yang menjanjika­n pulangan RM1,300 sebulan dalam tempoh lima tahun.

Mangsa yang melabur maksimum RM37,800 pula dijanjikan pulangan sebanyak RM33,000 sebulan bagi tempoh 10 tahun.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superitend­en Muhamad Farid Ahmad, berkata laporan polis dit erima daripada beberapa peserta yang mendakwa kerugian hampir RM10,000 apabila gagal mendapatka­n semula modal dan bonus selepas beberapa bulan melabur.

Orang tengah

Katanya, hasil siasatan dan risikan, polis menahan seorang lelaki warga Indonesia berumur 54 tahun dikenali sebagai Pak Tam di sini, dipercayai berperanan sebagai `orang tengah’ dalam skim pelaburan itu.

Susulan itu, katanya, polis mena han lelaki tempatan berusia 23 tahun disyaki pengasas pelaburan terbabit di sebuah restoran di bandar Labuan, kelmarin.

“Keduadua suspek direman empat hari bermula hari ini (semalam) sehingga 9 Julai untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Muhamad Farid berkata, suspek tidak mempunyai pejabat dan menggunaka­n `orang tengah’ untuk mengutip wang dengan ditawarkan komisen menyebabka­n ramai mudah terpengaru­h.

 ?? [ FOTO AMNIERA NAZIERA AMRAN / BH ] ?? Muhamad
Farid (dua dari kiri) menunjukka­n bahan rampasan daripada kes tangkapan pelaburan Global Mining Pro pada sidang media di IPD Labuan.
[ FOTO AMNIERA NAZIERA AMRAN / BH ] Muhamad Farid (dua dari kiri) menunjukka­n bahan rampasan daripada kes tangkapan pelaburan Global Mining Pro pada sidang media di IPD Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia