Berita Harian

Penagih meronta elak kena cekup

-

Kota Kinabalu: Cuba bergelut dan merontaron­ta minta dilepaskan antara ‘drama’ seorang daripada 14 penagih dadah yang ditahan dalam Ops Cegah di sekitar bandar raya ini, kelmarin.

Operasi bermula jam 10 pagi itu dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebelum menahan 14 lelaki berusia antara 19 hingga 60 tahun yang didapati positif dadah jenis syabu.

Menurut sumber, seorang lelaki berusia 27 tahun yang ditahan di Kampung Sembulan, adalah individu yang dikehendak­i AADK selepas pernah ditahan pada Julai tahun lalu.

Gagal lapor diri

Katanya, dia dikehendak­i selepas gagal melaporkan diri kepada pihak AADK, selain sering melarikan diri apabila ada operasi.

Dalam operasi terbaharu itu, pasukan AADK menahannya ketika tidur di rumah sebelum dia cuba melepaskan diri dengan bergelut dengan anggota AADK.

Pelbagai lokasi

Sementara itu, Ketua Operasi AADK Kota Kinabalu, Lawrance Galleh, berkata pihaknya menumpukan pelbagai lokasi untuk mengesan penagih dadah di sekitar daerah ini.

“Beberapa lokasi diserbu termasuk Kampung Sembulan, Kampung Tanjung Aru, Taman Fajar di Manggatal, Taman Telipok Ria, Telipok dan kawasan bilik penginapan di Kampung Air.

“Hasil pemeriksaa­n, kita menahan 14 lelaki yang didapati positif syabu dan semuanya ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Raatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

 ?? [IHSAN AADK] ?? Antara suspek yang ditahan dalam Ops Cegah oleh Anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.
[IHSAN AADK] Antara suspek yang ditahan dalam Ops Cegah oleh Anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia