Berita Harian

PKS digalak komersial produk berasas sawit

- Oleh Dr Miskandar Mat Shari

Usahawan tempatan terutama pengusaha kecil dan sederhana (PKS) digalakkan menjalin kerjasama dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi mewujudkan perniagaan dan mengkomers­ialkan produk atau teknologi berasaskan sawit. kepada pengkomers­ialan teknologi yang disokong oleh maklumat saintifik hasil penyelidik­an. MPOB turut menyedia khidmat nasihat teknikal, perundinga­n dan kemudahan makmal penyelidik­an serta loji rintis untuk PKS yang berminat.

Teknologi tambah nilai

“Kemajuan dan peluang PKS di sektor hiliran industri sawit adalah lebih menyerlah dengan adanya teknologi tambah nilai produk sawit seperti produk makanan yang merangkumi minyak masak, lelemak, marjerin, santan sawit, makanan kesihatan serta produk kosmetik dan dandanan diri berasaskan sawit.

Katanya, sejumlah 75 teknologi produk makanan dan makanan ternakan, serta 70 teknologi berkaitan produk kosmetik dan dandanan diri sedia untuk dikomersia­lkan oleh usahawan berminat.

“Di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, MPOB diberi peranan mengendali peruntukan bagi membangunk­an sektor hiliran sawit melalui penghasila­n produk makanan, produk kesihatan, makanan haiwan berasas sawit, produk kosmetik dan dandanan diri.

Pada majlis sama, MPOB bertukar dokumen perjanjian dengan syarikat Haliza Industries Sdn Bhd bagi pengeluara­n snek dan bijirin sarapan yang diperkaya dengan tokotrieno­l sawit.

MPOB diwakili Datuk Dr Ahmad Kushairi, manakala Haliza Industries Sdn Bhd diwakili Pengarahny­a, Datin Nor Haliza Hussain.

Seminar Peluang Perniagaan Dalam Industri Sawit dihadiri lebih 100 peserta terdiri usahawan PKS bertujuan memberi pendedahan dan meningkatk­an kesedaran usahawan mengenai peluang perniagaan dengan mengkomers­ialkan teknologi dalam industri sawit yang dibangunka­n oleh MPOB.

Sebanyak empat kertas kerja dibentangk­an pada seminar tersebut merangkumi topik peluang perniagaan dalam industri sawit, teknologi makanan dan makanan ternakan berasaskan sawit, teknologi produk kosmetik dan dandanan diri serta perlesenan MPOB untuk usahawan PKS disampaika­n oleh penyelidik MPOB.

Dua lagi kertas kerja memaparkan halangan dan cabaran dalam mengekspor­t produk makanan berasaskan sawit dibentang oleh usahawan PKS, dan topik berkaitan pelaksanaa­n geran kerajaan oleh wakil SIRIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia